Keliru

 Keliru??
Apa yang keliru??
tanya sama hati apa yang keliru..
kau sendiri yang tahu..
Image result for pasrah

dulu lain sekarang lain

Salam
Maaf kerana terlalu lama bertapa. Tidak tahu apa yang hendak di'post'kan kali ini. Tapi sebagai alasan untuk meemujuk hati agar mendesak jari jemari ini agar terus mengetik papan kekunci komputer ini.
Image result for bertapa
Tidak dapat tidak dikatakan usia memainkan peranan mencorakkan pandangan dan idea bagi sesuatu tulisan. Sebagai contohnya, gologan  remaja banyak memperkatakan tentang  perasaan cinta yang tidak kesudahan. Kata-kata dan bual kosong mereka lebih kepada mencari teman bicara, kawan dan akhirnya kekasih. Bermula dengan bertukar nombor telefon, ber'we chat', ber'tweeter', Handset sentiasa berada digenggaman. Hartta masuk ke tandas pun 'mereka' bersama.
         Ibu bapa yang sezaman dengan aku tentu risau dengan perkembangan ini. Ibu bapa dulu, Kalau membaca dan mengulangkaji pelajaran tentu buku-buku rujukan penuh dikeliling meja. Ibu bapa menjerling senyum melihat anak mereka sedang belajar. 
Hari ini anak-anak kita pun masih belajar.Masih study. Masih membuat ulangkaji. Sebab itulah keputusan peperiksaan dari setahun ke setahun terus meningkat. Cuma cara mereka belajar sudah berbeda dengan sezaman aku dulu. Mereka belajar menerusi handset dan komputer. Mereka lebih meneroka berbanding menghafal pada zaman aku. Sebab itu mereka lebih kreatif dan bijak-bijak. 
Tapi Awas! Dengan kemajuan teknologi yang berada di tangan anak-anak kita itu; ada bahaya yang menanti. Seperti kata mantan Perdana Menteri Tun Mahadhir kemajuan intenet ini umpama pisau. Pisau berguna untuk memotong sayur tetapi jika disalahguna pisau juga boleh menjadi alat membunuh.

eh...apa yang aku bebelkan ini. sori lama tak menulis. jumpa lagi.
wajah itu masih lagi seperti dulu
senyumannya masih lagi  mencairkan hati lelaki yang memandangnya.
apakah rahsianya??
secangkir air wuduk di waktu dinari
menyembah sujud merendah diri.

Luahkan rasa hati

Telah lama kupendamkan apa yang terbuku di hati. Bimbang. Risau. Malah takut...sekiranya apa yang terluahkan itu nanti bakal mengundang padah yang tak terduga.Dan kerana itu, maka sampai sekarang, tidak terluah.
Terkadang, best jugak menjadi diri seperti mereka yang berani untuk melepaskan apa yang terbuku  tanpa memikirkan natijah yang akan berlaku. "Lantaklah !!! Janji aku bahagia," itulah kata mereka. Benarkah mereka "bahagia". Atau sekadar memujuk hati. Aku percaya; jauh di sudut hati mereka turut merasainya.

Begitulah hidup. Jika kita terlalu bebas melepaskan pendapat kita, maka kita dipanggil 'kurang ajar'. Sebaliknya jika kita terlalu pendiam dikatakannya, kita kurang pandai bergaul. Jadi, apa yang harus kita lakukan. Sebaiknya marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang meminta umatnya bercakap perkara yang benar dan perlu sahaja. Sentiasa merendah diri tetapi tegas bila berbicara tentang Islam.

Jadi apa yang penting, marilah kita sama-sama mengutip sebanyak mana pahala di dunia ini agar kehidupan kita di kemudian hari, kita bahagia dan terus bahagia.

Insafilah

Pernahkah anda yang berada di luar maya sana terfikir, terkadang kita sering kali alpa pada sang Pencipta (Allah) yang telah mencipta dan menjadikan alam ini dengan penuh  kehebatan dan kemuliaan. Dari sekecil-kecil kejadian sampailah ke sebesar-besar kejadian, terselit seribu kerahsiaan dan keajaiban yang tidak mampu kita ungkapkan dengan fikiran dan minda kita. Kejadian semut  dan kejadian manusia sebagai contohnya. 

Hebat bukan.!!!

Jesturu, apa salahnya sesekali kita menjenguk dan menginsafi tentang kekerdilan diri kita. Merendahkan diri sesama mahluk dalam mengAgongkan kebesaran Allah.

Siapalah kita...

Diberi kuasa, menyalahi kuasa
diberi pangkat, kita sombong
diberi kemewahan, kita bermegah.

Akhirnya tetap berakhir...dengan kematian. Mengadap Tuhan dengan penuh kehinaan..



Laratkah kita memendam rasa

Selama manakah kita akan terus dapat  memendam rasa terhadap seseorang. Sehari, seminggu atau selamanya. Atau kita terus sabar dan sabar. Apa yang dibimbangi,bila kita terus membiarkan perasaan itu bersarang di dalam hati, lama kelamaan ia menjadi kanser yang merebak tanpa disedari. Kesannya, kita mula menjauhi diri dari mereka dan yang paling ditakuti, kita mula menanam perasaan benci terhadap mereka.

Justeru, apa yang harus kita lakukan??

ku turut kata hati

Izinkan aku untuk menulis dalam bentuk yang berbeza kali ini. Aku ingin menuruti segala apa yang terlintas di minda dan di hati. Biar pun kalian tidak mengerti apa yang berlaku pada diriku,biarkan.,..kerana sesungguhnya aku sendiri tidak tahu apa yang berkelodak dalam sanubari ini. Terlalu banyak perkara yang bercampur baur menjadi satu yang menyebabkan aku sendiri keliru dan tidak mengerti apa sebenarnya yang harus aku lakukan tika ini.
Cukuplah aku katakan sekarang sedang resah, gundah, sedih dan kecewa dengan apa yang berlaku ke atas diriku. Biarpun secara asasnya aku redha dengan segala ketentuanNya, namun terkadang terlintas jua di minda ini, adakah ini satu bentuk pembalasan yang telah diberikanNya atas segala perbuatanku yang lalu.

Cuma satu kumohon kepadaNya agar di akhir hidupku nanti...aku ditempatkan bersama mereka yang diredhai.

Amim....Ya Rabb

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails