kongsi masalah, ley tak?

Hidup ini harus terus diteruskan. Biar apa yang terjadi! Usah  kita dibelenggu berbilion masalah. Selagi kita hidup, masalah itu terus datang biarpun tanpa diundang. Anggaplah segala masalah itu sebagai ulam-ulaman yang menambahkan selera kita waktu makan.

tolonglah ambe ???
Cayalah... boleh ke kita buat lagu tu. Kalau berjaya aku tabik spring lah. Ayat-ayat di atas mungkin berguna sebagai pemujuk hati yang sedang dilanda masalah barangkali. Atau mungkin orang di luar maya sana mempunyai cara tersendiri  berdepan dengan setiap masalah. Kongsilah dengan kita...


Terbang tinggi ke langit



Terbang tinggi ke langit
persis seekor burung helang
Melihat keindahan dan keajaiban ciptaanNya
Aku terkedu dan teruja
Bertapa kerdil dan hinanya aku..disisiNya.

Begini selamanya.


Biarpun apa yang orang kata tentang kita. Kita tetap begini. Seadanya. Itulah bisik hati kita. Sukarnya untuk menerima teguran yang baik atau sebaliknya. Itulah kita. Kerasnya hati dalam memujuk diri. Percaya atau tidak, seakan kita membina prinsip yang terkadang boleh menjahanamkan diri sendiri. Persyaitan dengan apa yang orang keliling kata tentang kita. Aku tetap aku. Begini... untuk selamanya!!!

Aduhai...malangnya kita!!

Benarlah kata orang tua-tua.." bila hati telah retak...segalanya dipandang sepi". Ku berpesan pada diri sendiri dan juga mereka di luar sana... pujuklah hati dengan kalimah iman, tunduk nafsu dengan pesanan agama. Agar di sana ( akhirat ) nanti, kita tidak di temani oleh orang yang mempunyai wajah yang hodoh, berkudis, bernanah berparut. Kita cukup-cukup benci melihatnya. Tapi apakan daya itu adalah amalan kita di sini.

Ramadhan menjenguk lagi..


Selamat berpuasa buat umat Islam di seluruh Dunia. Syukur kepadaNya kerana masih lagi meminjamkan umur kepada kita untuk sama-sama beribadat di bulan yang mulia ini.

Walaubagaimanapun dalam sedar atau tidak, kita seakan tidak perasan yang ada di antara kita yang begitu taat dan patuh dalam ibadat puasa. Kita dapat berpuasa selama satu bulan Ramadhan; tapi sayang…solat lima waktu ada di antara kita yang tergenlincir. Kenapa? Sedangkan solat itu adalah tiang agama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.”

[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Rasulullah SAW bersabda lagi;
“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

[Hadis riwayat Abu Daud]

Begitulah ibadat kita hari ini, semakin hari masyarakat lebih menjadikannya sebagai adat daripada ibadat kepada Allah. Justeru itu ada di kalangan masyarakat kita yang boleh melakukan ibadat puasa tetapi meninggalkan solat lima waktu.
semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.

kasih sayang


Kasih sayang! Rasa cinta! Merindu!!!!Kah!kah!kah!! Apa ke mende tu??? Itu hanya perasaan orang muda-mudi atau remaja sahaja? Terkadang tak terfikir olehku ada orang yang sanggup membunuh kerana tidak mendapat kasih sayang. Malah langsung tidak terlintas di hatiku, mereka sanggup melakukan apa sahaja untuk mendapatkan kasih sayang dan perasaan cinta.

Hebatnya power kasih sayang!! Kelmarin ada dua orang anak perempuan yang menangis di depanku menceritakan yang mereka kurang mendapat kasih sayang. Menurut mereka; ayah terlalu sibuk mencari harta hinggakan tidak pernah bertanya khabar tentang dirinya. Apatah lagi mendengar segala masalah dan luahan hati mereka.

Adussss; sedihnya! Menurut anak-anak ini, mereka jelous bila melihat rakan-rakan begitu akrab, berbual mesra dengan ahli keluarga mereka. Entahlah... dunia orang tua begitu berbeza dengan dunia remaja hari

dengarlah lagu di sini favourite group

kasih sayang
terlalu indah untuk dikenang
selamanya tak kan pernah kau lupa

kasih sayang
tiada pernah usia
tua muda akan menikmatinya

Namun
jangan engkau lupa
akan akibat masa nanti
engkau dapat menderita
kerana..kerana rasa cinta

kasih sayang
terlalu pahit dan menyakitkan
yang membuat remaja patah hati

biarkan


Biarkan kelopak matamu bergelinang
biarkan air mata itu mengalir di pipi gerutu
biarkan suaramu tersedak dan tertahan di halkum
Biarkan esakkan itu berpanjangan
kerana
hanya itu yang dirimu mampu
membiarkan segala yang terpendam
terbang...diulit penyesalan


haruskah kita begitu


Perjalanan hidup kita terlalu sukar untuk diramal. Hari ini begini, esok begitu. Lusa, tulat belum tahu lagi. Apa yang penting, kita terus berada di landasan yang betul yang diredhai oleh Ilahi.

Tapi sayang,..mulut pandai berbicara tentang hal-hal kebaikan, pahala dan dosa. Namun dalam masa yang sama kita seakan dialfakan sehingga terjerumus jua ke dalam kancah noda dan dosa. Begitulah yang terjadi bila di dalam diri kita mempunyai Iman dan taqwa senipis kulit bawang. Atau barangkali TIADA..langsung keimanan! Minta dijauhkan tuhan!!!!

Cukupkah perkara itu dijadikan alasan untuk terus kekal dalam keadaan begini; Pagi membuat dosa kemudian menyesal dan kemudian berbuat jahat lagi dan menyesal lagi. Keadaan ini berterusan...Haruskan kita begitu...???

Biarpun


Dosa...

Biarpun kesal menerjah kalbu.
biarpun cuba melupakan,
tapi...ia seakan menjadi bayang-bayang silam
mengekori setiap sudut kehidupan.


Melayukah kita??

Suatu ketika di tahun 2011, aku melihat beberapa remaja perempuan sedang gelak tawa. Entah apa yang dibualkan. Pada anggapanku, tentu isu yang dibincangkan adalah sesuatu topik yang menarik. Kalau tidak; masa kan mereka begitu ghairah melahirkan pendapat dan pandang mereka. Aku cuba mengamati topik perbualan mereka. Tiada apa yang menarik! Hanya tentang kehebatan handset salah seorang di antara mereka.

Tapi aku masih lagi tidak puas hati lagi dengan apa yang mereka gelakkan. Aku sengaja menjadi bussy body. Merapati mereka dengan cara membeli jus minuman di belakang tempat duduk mereka. Dalam waktu menunggu pesanan, aku menoleh ke arah handset yang dipegang oleh salah seorang di antara mereka. Aku terkejut berut!!! Rupa-rupanya perkara itu yang mereka bualkan. Aku menjadi tak keruan. Malu ada. Marah pun ada. Aku berishtifar beberapa kali. Tak sangka begini parahnya remaja perempuan hari ini.

Tak perlu aku terangkan secara detail tentang apa yang terdapat dalam handphone tersebut. Cukuplah aku katakan ianya amat memalukan kaum sejenisku. Kalau di zamanku dulu, anak gadis yang sebaya dengan mereka langsung tidak tahu menahu malah tidak ambil tahu apa yang mereka ambil tahu hari ini. Malah mereka menjaga kesopanan dan tatatertib sebagai seorang gadis timur.

Hari ini.....seolah-olah, gadis melayu telah hilang identiti melayunya. Apa harus kita lakukan???


gitulah ..

Bagaimanakah cara terbaik untuk kita meluahkan pandangan kita, bila dia asyik dengan bercerita tentang dirinya sahaja.???

Pilihlah...


Pernahkah kita menoleh ke belakang hidup kita yang lalu! Melihat dan merenung seketika tentang corak perjalanan hidup yang telah kita habiskan. Dan terkadang, langsung kita tidak terfikir apa yang kita ada hari ini adalah impian dan kehendak kita suatu masa dulu. Malah kita tersenyum melihat keanehan kejadian dan ketentuan Ilahi dalam mengatur hidup ini.

Kesedihan, kegembiraan, kehilangan kawan dan sahabat dan macam-macam lagi yang terjadi. Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Alangkah beruntung dan bertuahnya andai hidup kita ini bahagia dan indah. Begitulah sebaliknya.

Apa pun kita telah diberi pilihan. Kitalah yang menentukan pilihan tersebut. Allah hanya memperkenankan apa yang kita pinta sahaja. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Saksama.

Semoga setiap pilihan yang telah kita pilih itu difikirkan sebaik-baiknya agar kita bahagia selama-lamanya.




LinkWithin

Related Posts with Thumbnails