dulu lain sekarang lain

Salam
Maaf kerana terlalu lama bertapa. Tidak tahu apa yang hendak di'post'kan kali ini. Tapi sebagai alasan untuk meemujuk hati agar mendesak jari jemari ini agar terus mengetik papan kekunci komputer ini.
Image result for bertapa
Tidak dapat tidak dikatakan usia memainkan peranan mencorakkan pandangan dan idea bagi sesuatu tulisan. Sebagai contohnya, gologan  remaja banyak memperkatakan tentang  perasaan cinta yang tidak kesudahan. Kata-kata dan bual kosong mereka lebih kepada mencari teman bicara, kawan dan akhirnya kekasih. Bermula dengan bertukar nombor telefon, ber'we chat', ber'tweeter', Handset sentiasa berada digenggaman. Hartta masuk ke tandas pun 'mereka' bersama.
         Ibu bapa yang sezaman dengan aku tentu risau dengan perkembangan ini. Ibu bapa dulu, Kalau membaca dan mengulangkaji pelajaran tentu buku-buku rujukan penuh dikeliling meja. Ibu bapa menjerling senyum melihat anak mereka sedang belajar. 
Hari ini anak-anak kita pun masih belajar.Masih study. Masih membuat ulangkaji. Sebab itulah keputusan peperiksaan dari setahun ke setahun terus meningkat. Cuma cara mereka belajar sudah berbeda dengan sezaman aku dulu. Mereka belajar menerusi handset dan komputer. Mereka lebih meneroka berbanding menghafal pada zaman aku. Sebab itu mereka lebih kreatif dan bijak-bijak. 
Tapi Awas! Dengan kemajuan teknologi yang berada di tangan anak-anak kita itu; ada bahaya yang menanti. Seperti kata mantan Perdana Menteri Tun Mahadhir kemajuan intenet ini umpama pisau. Pisau berguna untuk memotong sayur tetapi jika disalahguna pisau juga boleh menjadi alat membunuh.

eh...apa yang aku bebelkan ini. sori lama tak menulis. jumpa lagi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails