Biarpun


Dosa...

Biarpun kesal menerjah kalbu.
biarpun cuba melupakan,
tapi...ia seakan menjadi bayang-bayang silam
mengekori setiap sudut kehidupan.


Melayukah kita??

Suatu ketika di tahun 2011, aku melihat beberapa remaja perempuan sedang gelak tawa. Entah apa yang dibualkan. Pada anggapanku, tentu isu yang dibincangkan adalah sesuatu topik yang menarik. Kalau tidak; masa kan mereka begitu ghairah melahirkan pendapat dan pandang mereka. Aku cuba mengamati topik perbualan mereka. Tiada apa yang menarik! Hanya tentang kehebatan handset salah seorang di antara mereka.

Tapi aku masih lagi tidak puas hati lagi dengan apa yang mereka gelakkan. Aku sengaja menjadi bussy body. Merapati mereka dengan cara membeli jus minuman di belakang tempat duduk mereka. Dalam waktu menunggu pesanan, aku menoleh ke arah handset yang dipegang oleh salah seorang di antara mereka. Aku terkejut berut!!! Rupa-rupanya perkara itu yang mereka bualkan. Aku menjadi tak keruan. Malu ada. Marah pun ada. Aku berishtifar beberapa kali. Tak sangka begini parahnya remaja perempuan hari ini.

Tak perlu aku terangkan secara detail tentang apa yang terdapat dalam handphone tersebut. Cukuplah aku katakan ianya amat memalukan kaum sejenisku. Kalau di zamanku dulu, anak gadis yang sebaya dengan mereka langsung tidak tahu menahu malah tidak ambil tahu apa yang mereka ambil tahu hari ini. Malah mereka menjaga kesopanan dan tatatertib sebagai seorang gadis timur.

Hari ini.....seolah-olah, gadis melayu telah hilang identiti melayunya. Apa harus kita lakukan???


gitulah ..

Bagaimanakah cara terbaik untuk kita meluahkan pandangan kita, bila dia asyik dengan bercerita tentang dirinya sahaja.???

Pilihlah...


Pernahkah kita menoleh ke belakang hidup kita yang lalu! Melihat dan merenung seketika tentang corak perjalanan hidup yang telah kita habiskan. Dan terkadang, langsung kita tidak terfikir apa yang kita ada hari ini adalah impian dan kehendak kita suatu masa dulu. Malah kita tersenyum melihat keanehan kejadian dan ketentuan Ilahi dalam mengatur hidup ini.

Kesedihan, kegembiraan, kehilangan kawan dan sahabat dan macam-macam lagi yang terjadi. Inilah yang dinamakan lumrah kehidupan. Alangkah beruntung dan bertuahnya andai hidup kita ini bahagia dan indah. Begitulah sebaliknya.

Apa pun kita telah diberi pilihan. Kitalah yang menentukan pilihan tersebut. Allah hanya memperkenankan apa yang kita pinta sahaja. Kerana sesungguhnya Allah itu Maha Adil dan Saksama.

Semoga setiap pilihan yang telah kita pilih itu difikirkan sebaik-baiknya agar kita bahagia selama-lamanya.




hujan turun lagi...


Hujan turun lagi pagi tadi. Dan ketika aku menulis ini pun, hujan masih turun. Aku percaya hujan yang turun ini penuh dengan rahmatNya. Kerana sabda Nabi, bila dunia berada akhir zaman, bilangan hujan yang turun adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan cuaca yang panas. Jadi biar apapun yang dikatakan musibah pada musim tengkujuh ini sebenarnya masih lagi merupakan satu rahmat buat makhluk Allah yang lain.

"bestnya, hujan turun! Dapat main hujan. Jom ayah kita bersih longkang,"kata anak bongsuku. Seakan dia telah mengerti, bila setiap kali hujan turun, aku mengajaknya membersih longkang. Sebenarnya aku yang terlebih untuk main hujan. Membersih longkang adalah alasan terbaikku untuk menjadi budak kembali.

Dan yang pastinya, bila selesai mandi hujan, perut sudah tentu lapar. Ketika itulah aku kerahkan anak-anak untuk sama-sama main hujan sambil mencabut ubi kayu yang telah aku tanam di belakang rumah. Bestnya dapat makan ubi kayu rebus dengan kelapa parut. Lepas itu minum pula kopi 'o' panas. Fuyooo...!!!!

Bila aku menjenguk ke teratak buruk orang tuaku, perkara sebaliknya pula berlaku. Hujan yang turun benar-benar meletihkan mereka. Apa tidaknya, mereka terpaksa melakukan rutin biasa biarpun hujan turun. Mengheret haiwan ternakan seperti lembu dan kambing ke kandang agar ternakan tidak kesejukan. Lebih parah lagi, mereka terpaksa merendah hujan semata-mata untuk memotong rumput dan daun-daun kayu bagi makanan ternakan mereka. Dulu- rutin-rutin tersebut aku yang lakukan. Tapi kini, semenjak berkeluarga, aku mempunyai tanggungjawab lain yang harus diselesaikan.

Begitulah, bila hujan turun.... segala memori lama mula terungkai dalam bilaku. Barangkali begitu jua dengan anda..

siapalah kita


Sekali-kali aku menggeleng-gelengkan kepala. Tidak tahu apa yang harus aku ucapkan atas apa yang berlaku sebentar tadi. Tidak aku menyangka sama sekali, betapa biadap dan kurang ajarnya pelajar terhadap guru itu. Berdersing telingaku mendengarnya. Jauh di sudut hati, aku memuji cikgu itu yang tetap tenang menghadapi karenah anak muridnya. Andai aku di tempatnya, sudah lama aku menampar dan merotan pelajar tersebut. Sesungguhnya aku masih belum bersabar...

Bila aku berbual-bual dengan cikgu ini, aku makin terperanjat dan terkedu dengan jawapannya. Katanya,"ambe, belum cukup ilmu menjadi cikgu. Kata-kata ambe tidak ada roh. Mungkin ambe kurang mendirikan solat di tengah malam barangkali."Sepanjang perbualan, cikgu ini tidak menyentuh tentang kebiadapan dan kurang ajar murid-muridnya. Malah terus mencari kelemahan diri yang perlu diperbaiki agar anak muridnya dapat menerima ilmu dan nasihat dari seorang guru.

Mampukah aku menjadi guru seperti guru ini???



seronok bekerja


Esok kerja lagi. Malasnya aku nak pergi kerja. Tiba time macam ini, best andainya tak payah kerja, tapi tetap ada duit di poket. Tapi... mana ada lagu tu. Kalau jadi anak raja mungkin kot. Tapi aku anak raja gak, raja buluh bentong. Kah!kah!kah! aku ketawa sendiri, tapi di dalam hati.

Bos pernah kata, “jadikan kerja itu sebagai ibadat. InsyaAllah kita akan seronok bekerja.” Bestnya kalau aku boleh lakukan seperti yang dicanangkan oleh bos tu. Enjoy sakan dengan tugas yang diberikan. Tapi product aku nie, MANUSIA. Kalau berdepan dengan barang-barang peralatan ke. Paper work ke. Tak apa gak. Benda-benda tu semua tak ada perasan. Boleh lempar dan letak aje kat mana-mana bila boring. Tapi yang berada di hadapan aku ini adalah manusia yang ada dengan pelbagai pei perangai. Silap-silap hari bulan tahap kesabaran aku boleh melayang. Kan tiba-tiba aje aku mempeturunkan ilmu pecah silat harimau berantai aku ini. Tak pasal-pasal aku diseru ke pejabat bos. Oh tidaaak....!!!

Semoga Allah memberi ketabahan kepadaku untuk menghadapi karenah mereka.

Apa pun setakat ini aku boleh cool lagi dengan tingkah laku mereka. Biarpun sekali sekala telingaku berdesing dengan ayat-ayat power mereka yang penuh kebiadapan itu. Aku pujuk hati ini agar bertahan. Aku katakan pada diri sendiri; kerja ini adalah kerja mulia. Membentuk manusia supaya menjadi manusia yang berguna dalam hidup mereka. Mendidik manusia supaya sedar diri tentang diri mereka, hala tuju hidup mereka. Biarlah mereka biadap. Biarlah mak ayah mereka tidak mengerti dan tidak menghargai kerja buatku. Asalkan tuhan tahu yang aku lakukan adalah supaya mereka mengenal tuhan, mengetahui kehidupan kekal abadi mereka adalah di akhirat. Pohonku hanya satu-semoga kerja buatku ini adalah menjadi ibadat kepadaNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails