tersebut kisah 6

Tamat darjah 6, aku masuk ke sekolah SMKB. Sekolah baruku ini adalah berhampiran dengan rumahku. Hanya dipisahkan oleh pagar sekolah sahaja.Tingkatan 1 dan tingkatan 2 bersekolah di sesi petang. Aku berada dalam aliran sains pertanian. Tapi sekarang mata pelajaran sains pertanian telah dirangkumkan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

Aku masih ingatlah lagi, bila tiba masa loceng rehat aje, aku cepat-cepat menyelinap masuk ke belukar belakang sekolah untuk lompat pagar balik ke rumahku. Bukan apa, balik makan nasi. Emak tak beri duit belanja. Gitulah hari-hari bersekolah, aku akan lompat pagar setiap kali masa rehat.

Tentang pembelajaranku, kira ok gak lah, kerana aku mula sedar tentang kepentingan membaca itu. Masih lagi merangkak-rangkak membaca. Tapi kira laju sikit dari kura-kura. Yang paling bestnya, aku teror dalam ilmu matematik. Dalam kelas aku yang paling top marks setiap kali ujian. Bukan nak bangga... tapi ini semua atas didikan dedikasi cikgu Ariffin bin Ngah. Beliau telah sempat menjadi rakan setugasku di SMK Padang Midin. Sekarang beliau telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat cikgu.

Kenangan manis semasa menjadi murid beliau ialah aku pernah kena tampar manja kat pipi bila aku buat silap semasa membuat latihan matematik. Tapi aku tak berdendam kerana aku tahu itulah ialah teguran + manja beliau. Beliau suruh aku berhati-hati bila proses kira-mengira math itu aje. Beliau tak pernah menengking, menjerit, apatah mengutuk murid-muridnya. Tapi beliau sangat kominted dengan tugasnya. Kalau tak siap homeworks...adalah upahnya!!!

Mata pelajaran yang paling aku suka sekali ketika di tingkatan 1 adalah mata pelajaran sains pertanian. Aku telah didedahkan dengan cara-cara menternak ayam daging. Reban ayam dibina di sudut panjang yang agak jauh dari bangunan sekolah. Tugasku, pagi-pagi kena pergi ke sekolah untuk memberi makan ayam-ayam ini. Sekiranya ada yang mati, terpaksa rekod dalam buku catatan. Bestnya... dari pengalaman tersebut aku turut memelihara anak-anak ayam daging ke rumahku. Bertambahlah tugas-tugasku...selain rutin biasa v makan rumput kat kambing lembu.
Dalam mata pelajaran ini juga, aku telah diajar untuk menjadi seorang petani. Cara-cara membuat batas sayur. Cara-cara menanam kacang panjang, kacang bendi, jagung dan macam-macam lagi. Kalau lening, macam kedai PUM ( Projek Usahawan Muda)lah. Mereka diberi tunjukajar cara-cara berniaga seperti menjual keropok lekor, air jambu batu dan macam-macam ada... kecual ASTRO.

Apa pun, segalanya berubah mengikut zaman. Yang penting kita kena melaluinya dengan mencipta kenangan sepanjang zaman tersebut. Sesiapa yang tertinggal dia yang rugi...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails