tersebut kisah3



Esoknya, ayah dengan suka hati menghantar aku ke sekolah. Aku membonceng basikal buruk ayahku dengan perasaan kecut, malu bercampur takut. Setelah selesai ayahku bercakap dengan guru besar, seorang cikgu membawa aku ke kelas yang berhampiran dengan pejabat sekolah. Semua murid kelas 4 Jati memandang ke arahku bila cikgu kelas memperkenalkan aku. Aku di tempatkan di penjuru sebelah kiri paling belakang sekali. Ketika itu waktu peperiksaan pertengahan tahun. Aku yang baru masuk pun terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan. Gelisah aku dibuatnya, maklumlah aku tidak pandai membaca. "Pakai hentam sahaja jawabnya," bisik hatiku.

Seminggu sudah aku bersekolah. Tidak ada lagi umpatan, atau gelaran yang diberikan kepadaku. Mungkin cikgu-cikgu telahpun memberi amaran dan nasihat kepada murid-murid.Yang paling bestnya bila keputusan peperiksaan diumumkan, aku mendapat tempat kedua dari belakang. Maknanya masih ada lagi murid yang lebih lemah dan 'bodoh' daripadaku. Yahoo.... Tapi yang tak bestnya, yang paling 'bong' sekali tu adalah sepupuku jugak. Marzuki namanya.

Bila bersekolah semula ini, aktiviti harianku berubah sama sekali. Kalau dulu, pagi-pagi pergi tolong mak ayah 'kendur' lembu(ambil lembu dari kandang) untuk diberi makan, sekarang aku pagi-pagi lagi kena bersiap untuk pergi ke sekolah. Jarak dari rumahku ke sekolah lebih kurang 1.5 km. Rumahku di tengah-tengah sawah, jadi aku terpaksa meniti batas-batas alur sawah sebelum sampai ke jalan utama. Meredah embun waktu pagi, bukan kerja mudah. Sesekali, kakiku tergenlincir jatuh ke dalam sawah padi. Kasut sekolah aku gantung kat leher. Takut basah. Sampai di jalan utama baruku pakai. Dalam beg sekolah, aku telah sediakan sepasang pakaian lain.Bukan apa, aku biasanya berhenti mandi di anak sungai berhampiran dengan rumahku. (Bukan macam budak-budak sekarang, bawa pakaian lain ke sekolah untuk ponteng sekolah.)Bila cerita bab-bab mandi sungai ini, akulah yang paling terror sekali. Bukan sekadar kuak lentang mahupun gaya kupu-kupu, aksi tarzan pun aku buat. Panjat pokok rengas, capai akar kayu, bergayut dan terjun ke dalam sungai. Macam-macam acara kami lakukan waktu mandi sungai; menyelam paling lama-aku jaguh; mencari batu di dasar sungai- aku gak juara. Bestnya time tu, bila member-member respet abis kat aku. Petang baru sampai di rumah. Terkadang tu, ayahku dah siap dengan ranting keluduknya."prakk...," tahu ajelah apa yang berlaku.


Loceng sekolah berbunyi dua kali. Semua murid kelas 4 Jati berkumpul di tepi kelas. Kata cikgu Yusof hari ini ada kunjungan dari pejabat kesihatan. Ada rakan kelasku yang mula nak menangis. Rupa-rupanya klinik kesihatan hendak memberi ubat cacing percuma dan membuat suntikan malaria. Patutlah... member-member aku ramai yang tidak datang ke sekolah hari ini.Ceh!!kalau aku tahu, aku pun tak datang gak. Rugi-rugi!!! Menurut Zaiton, murid perempuan kelasku, (Aku ada hati kat dia, tapi dia tak tahu..) ubat cacing itu pahit macam getah buah mette( buah manggis). Dia pernah minum masa darjah 3 dulu. Ramai murid yang muntah selepas meminumnya. Ni yang buat aku seram...tapi aku tetap macho kerana selepas ini giliran aku pulak yang kena minum ubat ni. Uweeeh...aku pun muntah sama.

Darjah 4 berlalu pergi.

Tiada apa yang istimewa yang hendak kuceritakan semasa darjah 5. Cuma semasa darjah 5 inilah aku akan mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Kalau sekarang peperiksaan itu macam UPSR lah. Boleh kalian bayangkan!!! Aku yang masih merangkak-rangkak membaca dan menulis nak ambil periksaan. Dengan bangganya aku nak umumkan keputusan peperiksaan tersebut . 5E !!!! Teruk kan.. tapi bagiku, itu kira ok lah.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails