Tersebut kisah 5

Belajar dalam darjah 6 ini memang seronok, maklumlah aku adalah 'brother' buat adik-adik di kelas bawah. Lagi satu yang bestnya aku telah ditemuikan dengan seorang guru yang begitu mengambilberat dan cakna tentang kebajikan muridnya. Namanya cikgu Mahani. Dia seorang guru matematik. Ketika itu matapelajaran matematik di panggil ilmu Hisab. Kenangan yang paling aku tak lupakan bila cikgu Mahani ini panggil aku untuk ke meja guru untuk menerangkan cara-cara membuat latihan matematik. Maklumlah aku ini anak bongsu, tentu cara pendekatan begini kena pada watakku. Mungkin berkat cikgu Mahani inilah maka hari ini aku juga telah menjadi seorang guru matematik. Terima kasih ... cikgu!!!

Tapi yang tak bestnya... aku masih lagi berdepan dengan cikgu yang 'Bengkeng. Apalah malang nasibku, kali ini cikgu yang 'bengkeng; itu juga adalah cikgu Bahasa Inggeris, cuma yang bezanya kali ini cikgu itu adalah cikgu lelaki. Cikgu Mohamad Salleh namanya.
Mungkin pengalaman inilah maka sepanjang persekolahan aku begitu benci pada matapelajaran Bahasa Inggeris. Pernah satu hari, cikgu Mohamad Salleh denda aku dengan melempar sekotak kapur yang penuh isinya ke arah aku dan mengarahkan aku mengutipnya kembali gara-gara aku tidak membuat pembetulan latihan yang diberikan. Aku nak buat 'corrections' macam mana;... aku tak reti. entahkan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu pun aku tak PAS kerana waktu tu, aku belum boleh membaca lancar.

Lagi satu kenangan aku bersama cikgu Mohamad Salleh yang aku tak lupa hingga ke hari ini ialah bilamana waktu latihan bola sepak sekolah. Aku dipilih oleh sekolah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak peringkat zon. Kira-kira 'terrer' gaklah aku main bola sepak ni. Suatu pagi, semasa latihan di padang sekolah, tiba-tiba aku terjatuh ke atas tahi lembu yang masih basah. (maklumlah, kawasan sekolah pagarnya telah roboh dan rosak, menyebabkan lembu-lembu orang kampung bebas keluar masuk ke dalam kawasan sekolah). Aku pun maklumlah kepada cikgu Mohamad Salleh ini untuk membasuh najis lembu yang melekat kat seluar dan baju aku ini, tapi punyalah malang... dia tak kasi. Sakitnya hati tekah( ketika ) itu, terpaksalah aku tendang bola sambil tanganku mengaru gatal kat punggung akibat tahi lembu. Sampai kering tahi lembu di seluar dan baju aku disuruhnya aku buat latihan. Bila tamat aje sesi latihan aku dan the geng cepat-cepat terjun sungai yang berhampiran dengan sekolah. Lega rasa hati!!!

Nasib baiklah cikgu Mahani banyak main peranan memujuk aku untuk terus bersekolah, kalu diikutkan aku, mahu sahaja sejarah darjah 1 berulang. Terima kasih sekali lagi buat cikgu...

p/s : Cikgu Mohamad Salleh dan Cikgu Zaharah telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah buat mereka. Jasamu tetap kukenang buat selamanya

2 comments:

dhilah (^ v ~) said...

tere ngat cikgu..
chahyok chahyok..!!!!
hahahahaha

Keluduk said...

gitulah.. takdir tuhan penentu segala

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails