panjat pokok semerte


Tahun 19.. adalah tahun yang cukup getir dalam hidupku. Tahun ini, aku sekali lagi akan menghadapi exam yang cukup penting; SPM. Kali ini aku telah dinaikkan ke kelas sains 1 iaitu kelas 5 Ibnu Sina setelah aku berjaya mendapat tempat 1 dalam exam akhir tahun. Sekelas dengan pelajar-pelajar yang cerdik merupakan satu cabaran buatku. Best Student Alias Ali tentu sukar untuk ditewaskan. Begitu juga dengan Abdul Latif, Rahmah, Aminah, Nora dan ramai lagi. Harap-harap aku sebaris dengan mereka. Tapi... aku kena kerja keras.


Dengan latar belakang keluargaku yang tidak mementingkan pelajaran, sudah tentu aku sukar untuk bersaing dengan mereka. Mereka; bila cikgu suruh beli buku rujukan sahaja..mereka akan beli. Aku..!! Malas benar aku berdepan dengan emak untuk meminta pitis. Aku sudah tahu jawpannya...

Langkah terbaik yang dapat aku ambil ialah dengan berjumpa dengan guru perpustakaan., cikgu Mohd Noor. Mohon kerjasama dia, agar aku boleh dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Boleh aku jadikan perpustakaan sebagai rumah keduaku. Tapi, hampa. Menurut cikgu, aku telah dilantik menjadi pengawas sekolah, maka aku tidak boleh lagi dilantik menjadi pengawas perpustakaan. Nak tak nak, aku jadi macam pelajar lain gak, boleh pinjam dua buah buku sahaja dalam masa dua minggu. Untuk mendapatkan buku rujukan tambahan, aku telah mengambil upah dengan memanjat pokok semerte (manggis) dan pokok rambutan jiranku. Jiranku memberi upah RM10.00 untuk setiap bakul besar yang aku kumpul. Dengan duit itu, aku ke bandar untuk membeli buku rujukan kimia dan fizik.


Ujian pertama telah kujawap. Nampak gayanya aku berada dalam senarai 10 orang pelajar terkebelakang. Cikgu Bahasa Melayuku, cikgu Engku Ubaidillah telah meminta aku membuat karangan tambahan selain yang disuruh di dalam kelas. Secara perseorangan aku berjumpa cikgu Engku untuk memeriksanya.


Unit beruniform sekolah


Bermula dari tingkatan 1 lagi, aku tidak memasuki apa-apa persatuan dan badan beruniform. Mak kata mahal untuk beli baju uniform. So, aku buat-buat tak tahu aje setiap kali perjumpaan badan beruniform. Kadang-kadang tu terlintas rasa cemburu dalam hati bila kawanku Si Nasir boleh mencapai peringkat pengakap diraja hasil bimbingan cikgu Sofian. Tapi..aku pujuk hati ini. Aku sedar, baju dan seluar pengawas yang berwarna biru gelpa itupun dari pakaian bander ( terpakai ). Abang keduaku yang tolong belikan. Inikan pula pakaian beruniform. Jangan harap le...


Tapi bila dah tingkatan 5 nie, nak tak nak aku kena masuk persatuan supaya tercatat dalam sijil berhenti sekolah nanti. Aku telah menyertai Persatuan Sains dan Matematik. Aku dilantik menjadi bendahari. Pungut duit pelajar-pelajar nie, cukup mencabar bagiku. Maklumlah aku tak pernah pegang duit banyak-banyak. Bimbang takut tergoda, aku cepat-cepat serahkan duit persatuan kepada cikgu Ahmad Radzi. Sampai sekarang pun aku takut pegang duit banyak-banyak.

Dalam acara sukan pulak, aku paling menonjol dalam acara lari-lari jarak jauh. Acara merentas desa, aku kira jaguh le. Mungkin dari pengalaman aku kejar lembu dan kambing kot. Dalam permainan pulak, aku mewakili sekolah dalam acara bola tampar. Tapi sayang, dalam setiap pertandingan pasukan aku kalah sokmo. Tak tahu kenapa... tak cukup latihan kot. Apapun aku gembira kerana semua itu boleh membuatkan aku lupa tentang masalah keluarga dan masalah belajar..



2 comments:

Anonymous said...

salam.. hope our students learn from ur experiences... life is all about choices.. u have to be smart n choose right... usaha tangga kejayaan kan...? its clear cg keluduk seorang yang tabah sejak kecil... me.. i am pampered.. even though i got what i want... one thing i know, i never defy my parents.. mungkin itu sebabnya Allah mudahkan hidup kita kan... Ujian di masa muda menjadikan kita lebih tabah dan cekal di masa depan.. U r lucky... U earn what u got today...:)

Keluduk said...

terima kasih, apapun setiap kejadian yang telah ditentukan oleh Ilahi mempunyai seribu rahmat yang tersembunyi.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails