tersebut sebuah kisah2


Darjah 3, aku tak bersekolah. Setiap hari masih lagi dengan aktiviti yang sama. Pagi; tolong ayah dan mak pergi noreh getah. Ayah menoreh, aku dok sibuk kutip “tahi getah” ( getah yang telah dibiarkan beku dalam tempurung kelapa ) di pangkal pokok getah. Diletakkan di dalam baldi. Bila penuh, dimasukkan ke dalam guni dan direndam dalam telaga buruk.Tunggu hari untuk dijual. Kadang-kadang tugas aku bertukar mengikut mood aku. Bila malas sikit, aku lebih banyak menolong mak kutip pucuk paku ( pucuk midin ). Mak biasanya memasak bubur lambuk kesukaanku dengan pucuk paku ini. Dan yang paling bestnya, aku suka memasang ‘tauk’ (sejenis alat menangkap ikan air tawar) di alur anak sungai di bawah bukit kebun getah. Ikan yang biasa dapat ditangkap ialah ikan haruan, ikan keli dan ikan baung.
Satu aktiviti yang tidak dapat aku tinggalkan pada sebelah petang ialah bermain bola sepak di padang SMK Belara. Tapi sebelum itu, aku kena siapkan satu tugas berat yang telah diberikan oleh ayah iaitu memberi lembu makan sampai kenyang. Caranya, aku kena mengheret lembu tersebut di tepi sawah padi dan kena berhati-hati supaya lembu tersebut tidak termakan pokok padi di dalam petak sawah tersebut. Kadang-kadang tu, ada gak aku bertindak macam koboi, duduk atas belakang lembu sambil lembu meragut rumput. Mulalah aku berangan, menyanyi atas belakang lembu lagu hindustan. Lagu yang paling glomuor ketika ialah lagu Julie. Aku masih ingat lirik lagu tu.
Julie...oooo, i love u, emm...

Pada sebelah malam, aku dan abangku pergi mengaji quran di rumah tok guru yang tidak jauh dari rumah. Kami menyalakan obor daun nyior untuk menerangi jalan ke rumah tok guru. Daun nyior yang telah kering, kami ikat dan dijadikan obor. Biasanya aku berjalan di depan, manakala abangku berjalan di belakang. Sambil berjalan, kami bersembang tentang hal-hal yang telah kami lakukan di siang tadi. Adalah suatu malam tu, sedang aku seronok-seronok duduk bercakap, dia langsung tak menyampuk. Bila aku toleh ke belakang; gelap! “abangku mana,” bisik hatiku. Kutoleh ke kiri, ke kanan. Obor daun nyior di tanganku turut sama bergerak ke arah yang aku toleh. Bayangannya lesap ditelan gelap. Hatiku mula risau. Secara tidak sedar, langkahku makin panjang dan mula berlari anak-anak. Kudengar suara yang memanggil namaku sayup-sayup. Aku makin laju berlari. Sampai di tangga rumah tok guru, aku tercungap-cungap. Lelah. Rakan-rakan mengaji kehairanan dan bertanya apa yang berlaku. Belum sempat aku bercerita, abangku sampai dengan satu aruma yang semacam. “Bakpe mung tinggal aku?”. Ada nada marah berbaur lelah suara abangku. “sape.. tinggal sape,” kataku. “laa, kan abang kabo dok, abang nak ...”. Belum habis abangku melengkapkan ayatnya berderai ketawa geng-geng ngaji kerana aruma yang terlekat kat kain sarung abangku makin kuat baunya. Malam tu, abangku tak jadi mengaji quran.

Masuk hari ini, telah lima bulan aku tak pergi sekolah. Guru besar bersama tukang kebun sekolah tidak pernah jemu pada setiap bulan datang ke rumahku, memujuk dan memberi kata-kata semangat kepadaku supaya aku dapat hadir ke sekolah. Menurut guru besar, cikgu zaharah yang ‘bengkeng’ tu telah bertukar sekolah. Tapi aku tetap diam membantu. Aku lebih seronok dengan aktiviti baruku iaitu aku dapat menjadi seorang pembunuh kejam burung dengan lastik getahku. Telah banyak burung yang telah mati di tanganku. Ada yang sempat disembelih dan ada yang mati hancur badannya dek kerana peluru keras lastikku. Bagi menambah kecekapan melastik burung, aku juga kadang-kadang melastik buah-buahan seperti mempelam, buah jambu golok ( buah gajus) dan buah jambu batu. Yang paling terrornya, akulah yang awal dapat menjatuhkan buah-buah tersebut berbanding dengan geng-geng aku. Tersengih aku bila geng-geng melantik aku jadi ketua.
Suatu hari, satu peristiwa besar telah berlaku dalam hidupku. Peristiwa yang telah mengubah seluruh kehidupanku. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sepanjangku...
Seperti biasa, aku bersama geng-geng aku pergi melastik burung di pinggir kampungku. Sedang asyik aku mengintai-intai burung merbuk di celah-celah dahan rambutan, tiba-tiba, namaku sayup-sayup dipanggil oleh seorang lelaki tua yang kukenali. Pakcik Salleh melambai-lambai tangan supaya aku pergi ke arahnya. Tanpa berlengah aku terus menuju ke arahnya. Sampai sahaja di depannya;-
“Hei, harun, mung sobing sekolahlah. ANAK POK TEH ALI, eja tahi anjing pung dok pandai.”Berdesing telinga aku bila mendengar nama ayahku disebut begitu. Memang ketika itu aku dok pandai eja tahi anjing pun. Tapi bila dah main ngajing ( mempersendakan ) nama ayahku yang membuatkan air mataku deras mengalir. Aku menangis dan berlari pulang ke rumah. Sampai di rumah aku melemparkan lastikku dan mula mencari ayah. Dalam keadaan teresak-esak aku meminta ayah menghantar aku kembali ke sekolah. Pedih, sakit hati dan rasa terhina dengan kata-kata ngajing Pakcik Salleh. Sampai sekarang pun, kata-kata tersebut termiang-miang di telinga. Ayah terkejut bercampur gembira mendengar permintaanku. Malam itu, emak mula menjahit pakaian sekolah lamaku yang telah terkoyak dalam bungkusan di tepi dinding rumah.

4 comments:

NuRuL LaTiFah said...

wahh...blh thn cite pok su nie..
sape sangka skrg dh jdi cikgu dn dh dpt suatu khidupan yg dh lme di inginkn..

NuRuL LaTiFah said...

blh thn cite pok su..
skrg sape sangka dh jdi cikgu..
dn dpt suatu fmily yg bhagia..
nice blog..

Isma Safiuddin said...

Memang best lerr..cikgu haron memang TERBAIK!!

Isma Safiuddin said...

Memang best lerr..cikgu haron memang TERBAIK!!

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails