Tersebut kisah 7

Tingkatan 2

Tiada apa yang menarik sepanjang tingkatan 2. Cuma di tahun ini aku lebih lancar membaca. Tidak lagi seperti kura-kura yang merangkak. Aktiviti aku lompat pagar sekolah bila tiba waktu rehat masih lagi aku lakukan. Balik rumah makan nasi. Emak masih lagi tidak beri duit belanja kat sekolah.

Benar kata orang; bila dah boleh membaca, kita mula rasa semangat untuk belajar. Pernah aku mengayuh basikal burukku 1 km semata-mata untuk meminjan buku latihan sains pertanian. Bukan nak banggalah... tapi setiap hujung minggu jumaat malam aku tidak tidur kerana belajar dengan seorang kawan baik, Ahmad Rizal. Ahmad Rizal adalah seorang anak ketua kampung di kampungku. Bila hari jumaat aje, aku akan lepak di rumahnya untuk belajar. Emaknya cukup memahami keadaanku. Dia sentiasa membancuh kopi panas untuk kami study hingga ke pagi. Bagi menghilangkan mengatuk, terkadang kami joging di tengah-tengah jalan raya di hadapan rumahnya. Pukul 3 pagi mana ada motokar di atas jalan. So, jalan raya kami punyalah...

Walaupun kami mempunyai aliran kelas yang berbeza, dia di aliran perdagangan, aku pula di aliran sains pertanian; kami tetap boleh study bersama. Malah kami berlumba-lumba mendapat tempat pertama di dalam kelas. Tapi biasa lah.. aku yang tercorot.

*************

Bila dah 2 tahun di sekolah menengah ni, mulalah timbul perasaan sayang dan cintakan orang lain selain dari keluarga kita. Bila nak masuk ke kelas pada waktu tengahari hari, maklumlah sekolahku dua sesi; sesi pagi dan petang. Aku di sesi petang. Kelasku berkongsi dengan pelajar tingkatan 3. Aku lihat tempat dudukku share bersama pelajar perempuan. Cantik pulak tu. Apa lagi mulalah aku minat dia dalam diam.

Suatu hari, aku beranikan diriku untuk berkenalan dengannya. Aku tulis sepucuk surat lalu aku letakkan di dalam mejaku. Aku harap keesokan harinya dia akan membaca dan membalasnya. Keesokan harinya, aku datang awal ke sekolah. Tidak sabar untuk masuk ke kelas. Bila loceng sekolah berbunyi sebagai tanda tamat sesi pagi, aku cepat-cepat masuk kelas dan menuju ke mejaku. Aku menyelak buku-buku latihan yang dia tinggalkan satu persatu. Hampa!. Surat yang aku cari masih belum jumpa. Nampak gayanya dia tak sudi untuk berkenalan denganku. Aku tulis lagi surat untuk kali kedua. Mengharapkan moga dia membaca dan membalasnya. Kali ini aku terangkan niat baikku satu persatu. Dua gembar kertas kajang aku tulis. Banyak pulak idea aku ketika itu. Geram + sedih ada gak. Apalah nasibku; dia masih membisu...!

Sejak itu aku tidak lagi berminat untuk berkenalan dengan mana-mana pelajar perempuan. Terasa diriku hodoh benar di mata mereka.


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails