selamat berehat

SELAMAT HARI PEKERJA? Dan setiap kali tiba hari ini, kita akan bercuti. Tidak bekerja. Benarkah kita bercuti. Teringat aku pada keluaran sebuah majalah yang dikeluarkan semperna hari pekerja ini tak lama dulu. Kalau tidak siap aku majalah tersebut adalah majalah GILA-GILA. Apa yang menariknya adalah ilustrasi kulit majalah tersebut yang menggambarkan seorang lelaki yang memakai kain pelikat sambil mendukung anak sedang memasak. Isterinya berehat sambil membaca surat khabar. Ternyata sang isteri ingin bercuti pada hari pekerja ini. Lucu dan menghiburkan-tapi penuh sindiran dan terkena!

Apa tidaknya, seorang isteri sama ada bekerja dengan kerajaan mahupun swasta atau menjadi surirumah tangga sepenuh masa bila berada di rumah sudah pastinya menjalankan rutin harian seperti memasak untuk suami mahupun anak-anak. Membasuh dan menjemur pakaian, menyapu lantai ataupun halaman rumah dan banyak lagi list yang tidak payah aku senaraikan. Terlalu banyak!!

Jadi apa salahnya pada hari cuti pekerja ini, sang suami pula mengambil alih tugas-tugas isteri yang selama ini berkerja secara berganda di pejabat selepas itu di rumah.

Tidak hilang kegoan dan kuasa seorang suami andainya turut sama merasai penat lelah isteri yang berada di ceruk dapur. Apalah salah kiranya pada hari cuti pekerja ini, sang suami membajai kasih sayang dalam hubungan yang kian menjadi 'kebiasan' itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti rumah bagi memberi ruang kepada isteri untuk berehat semperna cuti hari pekerja ini. Biarlah isteri kita tersenyum lebar dan berkedut dahi merasai masakan kita yang terlebih garam mahupun terkurang manisnya. Sekurang-kurannya dia tahu yang kita benar-benar sayang dan menyintainya.

SELAMAT 'BEREHAT' ISTERIKU..

fikir dulu sebelum bertindak



Anda tentu telah berdepan dengan mereka yang tidak dapat menerima kebenaran dari kata-kata kita. Ada-ada sahaja alasan ( pada pandangan aku le ) yang diberikan apabila kita mengutarakan pandangan mahupun pendapat-biarpun kadang-kadang berdasarkan al-Hadis mahupun ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak terlalu kejam kiranya aku mengatakan mereka yang seperti ini adalah si putar belit. Mereka sebenarnya tahu dan faham bahawa pandangan dan kata-kata itu sebenarnya adalah betul dan tepat. Tapi, barangkali untuk menjaga ego ditambah pula dengan rasa sombong, mereka sanggup untuk mencari helah supaya mereka juga yang benar dan betul.

Keadaan ini boleh membawa kekeliruan dan tidak fahaman yang jelas kepada orang-orang yang berada di sekeliling kita, terutama mereka yang tidak arif tentang apa yang diperkatakan. Ini boleh menyebabkan kesesatan lagi menyesatkan. Inilah senario yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Terlalu banyak maklumat-maklumat yang kabur dan kurang tepat dihebohkan dalam arus media berulang kali yang akhirnya boleh menyebabkan masyarakat membuat kesimpulan dari maklumat-maklumat yang silap dan salah itu.

Justeru itu hendaklah kita sentiasa beringat dan berwaspada dengan berita mahupun maklumat yang disampaikan agar setiap tindakan dan pertimbangan kita itu tidak kita sesali di kemudian hari. Rasulullah S.A.W pernah menegaskan:

"Adalah suatu pengkhianatan yang besar, iaitu apabila anda menyampaikan sesuatu berita kepada saudaramu, sedang ia mempercayai kata-katamu itu, manakala anda membohonginya".

(Riwayat Abu Daud)

bagaimana kenderaan kita hari ini..

Hidup harus diteruskan biarpun apa yang berlaku dalam hidup kita. Biarkan sejarah silam berlalu ditiup ribut senja. Usah diingat dan dimbas. Menyakitkan hati! Atau tersenyum sendiri mengenangkan perkara lucu.

Kata seorang sahabat, hidup kita diumpamakan sebuah kereta. Andainya kita ingin mengembara dalam keadaan selamat dan tenang. Kita terlebih dahulu harus memastikan bahawa kereta kita itu mesti sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Umpamanya kereta baru! Tayar ok. brek ok. minyak hitam ok dan segala-galanya ok, termasuklah pitis pun ok. Barulah kita sampai dengan selamat ke destinasi yang hendak kita tuju itu.

Kalau sebaliknya, kereta kita tidak diservis, tayar bunga botak, minyak hitam dah lama tak bertukar, sistem brek yang dah haus. Maka kita tentu berada dalam keadaan ragu-ragu apakah destinasi yang hendak dituju itu akan sampai atau tidak. Barangkali baru 5 km perjalanan, kita terpaksa bersandai di tepi jalan kerana kereta kita dah mengeluarkan asap tebal. Destinasi yang hendak dituju hanya tinggal angan-angan.

Begitulah umpamanya hidup kita. Sekiranya destinasi akhir kita adalah syurga. Sudah tentu kita menyediakan kelengkapan dan bekalan yang cukup. Seperti solat yang sempurna, bercakap benar, membaca Al-quran, tiada hasad dengki, amalan-amalan sunat dan amalan-amalan lain yang telah diajar oleh agama kita. Sudah tentu kita akan berjaya sampai ke syurga. InsyaAllah.

Dengan meninggalkan segala larangan dan tegahanNya, kita dapat melengkapkan lagi pakej yang telah dituntut ke atas kita. Barulah sempurna kenderaan yang kita naiki ke syurga nanti.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca di alam maya sana, agar sama-sama kita servis kereta kita agar dapat sampai ke destinasi akhir yang hendak dituju iaitu SYURGA.

Lupakah kita pada...

Jangan cuba sekali-kali imbas perlakuan maksiat, sejarah buruk yang pernah dilakukan.


Ayat di atas aku pinjam dari satu artikel yang ditulis oleh seorang penulis iaitu Nik Salida bt Nik Saleh dalam satu colum dalam akhbar berita harian keluaran 1 april 2010. Bila aku baca keseluruhan artikel hanya sedikti sahaja yang menyentuh tentang tajuk iaitu Al Imam Al Habib Ibu Alwi Al Haddad memberi satu peringatan dengan sekeras-kerasnya supaya jangan sekali-kali cuba untuk mengingati atau mengimbas kembali segala sejarah buruk dan segala perlakuan maksiat yang dilakukan dulu kerana dosa dan maksiat adalah sesuatu yang menyeronokkan dan boleh membuat kita rindu untuk melakukkannya kembali.

Tapi, bolehkah kita melupakan kisah silam yang kelam dalam hidup kita. Tak tahulah kalian boleh!. Tapi aku... terlalulah payah untuk melupakannya. Lebih-lebih lagi ianya adalah peristiwa yang melibatkan dosa kita kepada Allah S.W.T. Bukan tidak mahu melupakannya, tapi, ia datang bagaikan tayang perdana pada setiap kali kita berseorangan. Lebih-lebih lagi bila aku ingin melelapkan mataku. Lepas satu-satu ia menerjah ke mindaku. Plz, bagitau aku bagaimana cara untuk melupakkannya!!

Apa yang aku lakukan sekarang; bila ingatan itu kembali menjelma, aku akan cepat-cepat ayat-ayat Al Quran. Tasbih mana-mana yang patut. Atau kalau aku di tempat kerja, aku akan buat-buat sibuk agar ingatan segala sejarah buruk itu hilang.

Sebab itulah aku paling benci bila aku tinggal seorang diri. Biarpun ada setengah orang mengatakan sepi itu indah. Tapi bagiku, sepi itu akan diganggu oleh kenangan silam yang pahit. Kerana itu jugalah aku sekarang duk berfikir-fikir untuk memohon tukar tempat kerja. Maklumlah tempat kerja aku sekarang hanya ada 4 orang lelaki sahaja. Yang 18 lagi tu semuanya perempuan. Dahlah pagi-pagi aku seorang tinggal kat rumah. Isteriku kerja waktu pagi. Aku pula waktu petang. Anak-anak pula semuanya dah bersekolah. Pun ikut mak dia orang. Waktu pagi. Bagi mengisi ruang minda supaya imbasan sejarah buruk yang pernah dilakukan tidak datang menjenguh, maka pagi-pagi aku lakukan kerja rumah mana yang patut.

Moga suatu hari nanti aku benar-benar dapat melupakan segala-galanya. Amim...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails