Tersebut kisah 5

Belajar dalam darjah 6 ini memang seronok, maklumlah aku adalah 'brother' buat adik-adik di kelas bawah. Lagi satu yang bestnya aku telah ditemuikan dengan seorang guru yang begitu mengambilberat dan cakna tentang kebajikan muridnya. Namanya cikgu Mahani. Dia seorang guru matematik. Ketika itu matapelajaran matematik di panggil ilmu Hisab. Kenangan yang paling aku tak lupakan bila cikgu Mahani ini panggil aku untuk ke meja guru untuk menerangkan cara-cara membuat latihan matematik. Maklumlah aku ini anak bongsu, tentu cara pendekatan begini kena pada watakku. Mungkin berkat cikgu Mahani inilah maka hari ini aku juga telah menjadi seorang guru matematik. Terima kasih ... cikgu!!!

Tapi yang tak bestnya... aku masih lagi berdepan dengan cikgu yang 'Bengkeng. Apalah malang nasibku, kali ini cikgu yang 'bengkeng; itu juga adalah cikgu Bahasa Inggeris, cuma yang bezanya kali ini cikgu itu adalah cikgu lelaki. Cikgu Mohamad Salleh namanya.
Mungkin pengalaman inilah maka sepanjang persekolahan aku begitu benci pada matapelajaran Bahasa Inggeris. Pernah satu hari, cikgu Mohamad Salleh denda aku dengan melempar sekotak kapur yang penuh isinya ke arah aku dan mengarahkan aku mengutipnya kembali gara-gara aku tidak membuat pembetulan latihan yang diberikan. Aku nak buat 'corrections' macam mana;... aku tak reti. entahkan Bahasa Inggeris, Bahasa Melayu pun aku tak PAS kerana waktu tu, aku belum boleh membaca lancar.

Lagi satu kenangan aku bersama cikgu Mohamad Salleh yang aku tak lupa hingga ke hari ini ialah bilamana waktu latihan bola sepak sekolah. Aku dipilih oleh sekolah mewakili sekolah dalam pertandingan bola sepak peringkat zon. Kira-kira 'terrer' gaklah aku main bola sepak ni. Suatu pagi, semasa latihan di padang sekolah, tiba-tiba aku terjatuh ke atas tahi lembu yang masih basah. (maklumlah, kawasan sekolah pagarnya telah roboh dan rosak, menyebabkan lembu-lembu orang kampung bebas keluar masuk ke dalam kawasan sekolah). Aku pun maklumlah kepada cikgu Mohamad Salleh ini untuk membasuh najis lembu yang melekat kat seluar dan baju aku ini, tapi punyalah malang... dia tak kasi. Sakitnya hati tekah( ketika ) itu, terpaksalah aku tendang bola sambil tanganku mengaru gatal kat punggung akibat tahi lembu. Sampai kering tahi lembu di seluar dan baju aku disuruhnya aku buat latihan. Bila tamat aje sesi latihan aku dan the geng cepat-cepat terjun sungai yang berhampiran dengan sekolah. Lega rasa hati!!!

Nasib baiklah cikgu Mahani banyak main peranan memujuk aku untuk terus bersekolah, kalu diikutkan aku, mahu sahaja sejarah darjah 1 berulang. Terima kasih sekali lagi buat cikgu...

p/s : Cikgu Mohamad Salleh dan Cikgu Zaharah telah kembali kerahmatullah. Al-Fatihah buat mereka. Jasamu tetap kukenang buat selamanya
Hari ini, aku dapat berkenalan dengan seorang pelajar di online. Best gak dapat berbual-bual melalui alam maya ni. Nabila namanya. Menurutnya dia seorang pelajar tingkatan lima di sebuah sekolah di daerah Kuala Kangsar Perak. Inilah kelebihan zaman lening. Hanya 'klik' di hujung jari je kita terus dapat maklumat dan apa-apa sahaja berita yang dikehendaki; akan terpapar di skrin komputer kita. Canggih!!! Zaman aku dulu, semuanya pakai sistem POS. Ambil masa seminggu dua gak untuk mengetahui sama ada dia sudi atau sebaliknya. Itulah... sepatutnya remaja hari ini kena bersyukur kerana banyak kemudahan yang disediakan oleh kerajaan di sekeliling mereka.
Tapi, memang tabiat manusia, yang baik itu payah sangat untuk dicari dan diamalkan. Yang dilarang, yang ditegah itu jugalah yang dicari. Hai...pening kepala kalu difikirkan bakpe jadi gitu anak-anak remaja hari ini. Kalu ditanya, jawab mereka,"itu dulu, zaman dah berubah!". Apa yang berubah... tak tahu!!
Yang aku tahu.. Minda masih belum berubah. Kita masih lagi Melayu lama.!!!

tersebut kisah 4

Darjah 5 hanya tinggal penghujungnya. Ayah dan mak gembira sekali kerana aku gigih pergi ke sekolah setiap hari. Mak terpaksa bangun pagi kerana membuat 'lempeng nyoir' untuk dijadikan bekalanku semasa di sekolah. "Terima kasih mak kerana sayang paksu." ucapku setiap kali mak mencuim dahiku.

Cuti akhir tahun persekolahan bermula. Aku seperti budak-budak lain juga girang dalam tempoh ini. Masa banyak aku habiskan masa di rumah. Rutin pagiku masih lagi tidak berubah. Bangun pagi- kendur lembu, v makan lembu dan juga 6 ekor kambing. Kambing-kambing ini terpaksa ditambat bimbang makan tanaman jiran. Kata ayah," berdosa apabila ternakan kita makan tanaman orang lain". Aku masih ingat kata-kata itu. Tapi satu sahaja yang leceh bila bela kambing tekah( musim ) ini. Hujan yang turun tak henti-henti menyebabkan kambing tidak boleh turun dari kandang. Bila kena hujan boleh menyebabkan perut kambing-kambing ini jadi kembong.( sejenis penyakit perut ). Terpaksalah aku kena cari makanan kambing-kambing ini. Bukan macam sekarang, makanannya boleh dibeli di kedai. Aku kena redah hujan lebat cari pucuk-pucuk kayu untuk diberi kepada kambing. Boleh bayangkan jika hujan sampai seminggu, kursus aku jadinya.
Tapi... bila tiba tekah(musim ) hujan yang berterusan macam ni, aku juga ada aktiviti aku sendiri. Aku pakar dalam bab-bab tangkap ikan air tawar ni. Lebih-lebih lagi ikan puyu, keli dan sepat. Biasanya aku suka buat 'tuwau' iaitu sejenis alat untuk menangkap ikan.Lebih kurang macam bubu jugak lah. Cuma tuwau ini dipasang di tempat air yang mengalir deras mengikut aliran air tersebut. Ikan terperangkap apabila memasuki aliran air tersebut.
inilah bentuk 'tuwau' tu

Biasanya aku pasang tuwau waktu pagi, petang baru jenguk tengok kalau ada ikan yang masuk. Tapi ada gak ikan 'lain' yang masuk seperti kura-kura atau ular. Bila perkara itu berlaku, aku pass kat abang aku untuk angkatkan tuwau itu. Aku takut dan geli pada ular.

tersebut kisah3



Esoknya, ayah dengan suka hati menghantar aku ke sekolah. Aku membonceng basikal buruk ayahku dengan perasaan kecut, malu bercampur takut. Setelah selesai ayahku bercakap dengan guru besar, seorang cikgu membawa aku ke kelas yang berhampiran dengan pejabat sekolah. Semua murid kelas 4 Jati memandang ke arahku bila cikgu kelas memperkenalkan aku. Aku di tempatkan di penjuru sebelah kiri paling belakang sekali. Ketika itu waktu peperiksaan pertengahan tahun. Aku yang baru masuk pun terpaksa mengambil peperiksaan berkenaan. Gelisah aku dibuatnya, maklumlah aku tidak pandai membaca. "Pakai hentam sahaja jawabnya," bisik hatiku.

Seminggu sudah aku bersekolah. Tidak ada lagi umpatan, atau gelaran yang diberikan kepadaku. Mungkin cikgu-cikgu telahpun memberi amaran dan nasihat kepada murid-murid.Yang paling bestnya bila keputusan peperiksaan diumumkan, aku mendapat tempat kedua dari belakang. Maknanya masih ada lagi murid yang lebih lemah dan 'bodoh' daripadaku. Yahoo.... Tapi yang tak bestnya, yang paling 'bong' sekali tu adalah sepupuku jugak. Marzuki namanya.

Bila bersekolah semula ini, aktiviti harianku berubah sama sekali. Kalau dulu, pagi-pagi pergi tolong mak ayah 'kendur' lembu(ambil lembu dari kandang) untuk diberi makan, sekarang aku pagi-pagi lagi kena bersiap untuk pergi ke sekolah. Jarak dari rumahku ke sekolah lebih kurang 1.5 km. Rumahku di tengah-tengah sawah, jadi aku terpaksa meniti batas-batas alur sawah sebelum sampai ke jalan utama. Meredah embun waktu pagi, bukan kerja mudah. Sesekali, kakiku tergenlincir jatuh ke dalam sawah padi. Kasut sekolah aku gantung kat leher. Takut basah. Sampai di jalan utama baruku pakai. Dalam beg sekolah, aku telah sediakan sepasang pakaian lain.Bukan apa, aku biasanya berhenti mandi di anak sungai berhampiran dengan rumahku. (Bukan macam budak-budak sekarang, bawa pakaian lain ke sekolah untuk ponteng sekolah.)Bila cerita bab-bab mandi sungai ini, akulah yang paling terror sekali. Bukan sekadar kuak lentang mahupun gaya kupu-kupu, aksi tarzan pun aku buat. Panjat pokok rengas, capai akar kayu, bergayut dan terjun ke dalam sungai. Macam-macam acara kami lakukan waktu mandi sungai; menyelam paling lama-aku jaguh; mencari batu di dasar sungai- aku gak juara. Bestnya time tu, bila member-member respet abis kat aku. Petang baru sampai di rumah. Terkadang tu, ayahku dah siap dengan ranting keluduknya."prakk...," tahu ajelah apa yang berlaku.


Loceng sekolah berbunyi dua kali. Semua murid kelas 4 Jati berkumpul di tepi kelas. Kata cikgu Yusof hari ini ada kunjungan dari pejabat kesihatan. Ada rakan kelasku yang mula nak menangis. Rupa-rupanya klinik kesihatan hendak memberi ubat cacing percuma dan membuat suntikan malaria. Patutlah... member-member aku ramai yang tidak datang ke sekolah hari ini.Ceh!!kalau aku tahu, aku pun tak datang gak. Rugi-rugi!!! Menurut Zaiton, murid perempuan kelasku, (Aku ada hati kat dia, tapi dia tak tahu..) ubat cacing itu pahit macam getah buah mette( buah manggis). Dia pernah minum masa darjah 3 dulu. Ramai murid yang muntah selepas meminumnya. Ni yang buat aku seram...tapi aku tetap macho kerana selepas ini giliran aku pulak yang kena minum ubat ni. Uweeeh...aku pun muntah sama.

Darjah 4 berlalu pergi.

Tiada apa yang istimewa yang hendak kuceritakan semasa darjah 5. Cuma semasa darjah 5 inilah aku akan mengambil Peperiksaan Penilaian Darjah 5. Kalau sekarang peperiksaan itu macam UPSR lah. Boleh kalian bayangkan!!! Aku yang masih merangkak-rangkak membaca dan menulis nak ambil periksaan. Dengan bangganya aku nak umumkan keputusan peperiksaan tersebut . 5E !!!! Teruk kan.. tapi bagiku, itu kira ok lah.

bestnya tidur



Bestnya kalu aku pun dapat tidur begini nyenyak. Dua tiga hari, mata ini payah benar untuk dipujuk supaya tidur. Sekejap jerling ke novel di atas meja yang belum siap dibaca. Alahai... penyakit lama menjenguk kembali. Gila baca novel!!! Teringkat kat abang Ishak dari Melaka yang pernah menasihatiku supaya meninggalkan tabiat suka membaca novel. Katanya lebih baik baca kitab agama dari baca novel. Novel sahabatku "Hujan rindu" mungkin novel terakhir yang aku baca kot.Dan selepas itu, harap-harap tiada lagi yang mengodaku untuk kembali membaca novel. Tak tidur malam dibuatnya. tolonglah...

tersebut sebuah kisah2


Darjah 3, aku tak bersekolah. Setiap hari masih lagi dengan aktiviti yang sama. Pagi; tolong ayah dan mak pergi noreh getah. Ayah menoreh, aku dok sibuk kutip “tahi getah” ( getah yang telah dibiarkan beku dalam tempurung kelapa ) di pangkal pokok getah. Diletakkan di dalam baldi. Bila penuh, dimasukkan ke dalam guni dan direndam dalam telaga buruk.Tunggu hari untuk dijual. Kadang-kadang tugas aku bertukar mengikut mood aku. Bila malas sikit, aku lebih banyak menolong mak kutip pucuk paku ( pucuk midin ). Mak biasanya memasak bubur lambuk kesukaanku dengan pucuk paku ini. Dan yang paling bestnya, aku suka memasang ‘tauk’ (sejenis alat menangkap ikan air tawar) di alur anak sungai di bawah bukit kebun getah. Ikan yang biasa dapat ditangkap ialah ikan haruan, ikan keli dan ikan baung.
Satu aktiviti yang tidak dapat aku tinggalkan pada sebelah petang ialah bermain bola sepak di padang SMK Belara. Tapi sebelum itu, aku kena siapkan satu tugas berat yang telah diberikan oleh ayah iaitu memberi lembu makan sampai kenyang. Caranya, aku kena mengheret lembu tersebut di tepi sawah padi dan kena berhati-hati supaya lembu tersebut tidak termakan pokok padi di dalam petak sawah tersebut. Kadang-kadang tu, ada gak aku bertindak macam koboi, duduk atas belakang lembu sambil lembu meragut rumput. Mulalah aku berangan, menyanyi atas belakang lembu lagu hindustan. Lagu yang paling glomuor ketika ialah lagu Julie. Aku masih ingat lirik lagu tu.
Julie...oooo, i love u, emm...

Pada sebelah malam, aku dan abangku pergi mengaji quran di rumah tok guru yang tidak jauh dari rumah. Kami menyalakan obor daun nyior untuk menerangi jalan ke rumah tok guru. Daun nyior yang telah kering, kami ikat dan dijadikan obor. Biasanya aku berjalan di depan, manakala abangku berjalan di belakang. Sambil berjalan, kami bersembang tentang hal-hal yang telah kami lakukan di siang tadi. Adalah suatu malam tu, sedang aku seronok-seronok duduk bercakap, dia langsung tak menyampuk. Bila aku toleh ke belakang; gelap! “abangku mana,” bisik hatiku. Kutoleh ke kiri, ke kanan. Obor daun nyior di tanganku turut sama bergerak ke arah yang aku toleh. Bayangannya lesap ditelan gelap. Hatiku mula risau. Secara tidak sedar, langkahku makin panjang dan mula berlari anak-anak. Kudengar suara yang memanggil namaku sayup-sayup. Aku makin laju berlari. Sampai di tangga rumah tok guru, aku tercungap-cungap. Lelah. Rakan-rakan mengaji kehairanan dan bertanya apa yang berlaku. Belum sempat aku bercerita, abangku sampai dengan satu aruma yang semacam. “Bakpe mung tinggal aku?”. Ada nada marah berbaur lelah suara abangku. “sape.. tinggal sape,” kataku. “laa, kan abang kabo dok, abang nak ...”. Belum habis abangku melengkapkan ayatnya berderai ketawa geng-geng ngaji kerana aruma yang terlekat kat kain sarung abangku makin kuat baunya. Malam tu, abangku tak jadi mengaji quran.

Masuk hari ini, telah lima bulan aku tak pergi sekolah. Guru besar bersama tukang kebun sekolah tidak pernah jemu pada setiap bulan datang ke rumahku, memujuk dan memberi kata-kata semangat kepadaku supaya aku dapat hadir ke sekolah. Menurut guru besar, cikgu zaharah yang ‘bengkeng’ tu telah bertukar sekolah. Tapi aku tetap diam membantu. Aku lebih seronok dengan aktiviti baruku iaitu aku dapat menjadi seorang pembunuh kejam burung dengan lastik getahku. Telah banyak burung yang telah mati di tanganku. Ada yang sempat disembelih dan ada yang mati hancur badannya dek kerana peluru keras lastikku. Bagi menambah kecekapan melastik burung, aku juga kadang-kadang melastik buah-buahan seperti mempelam, buah jambu golok ( buah gajus) dan buah jambu batu. Yang paling terrornya, akulah yang awal dapat menjatuhkan buah-buah tersebut berbanding dengan geng-geng aku. Tersengih aku bila geng-geng melantik aku jadi ketua.
Suatu hari, satu peristiwa besar telah berlaku dalam hidupku. Peristiwa yang telah mengubah seluruh kehidupanku. Peristiwa yang tidak dapat aku lupakan sepanjangku...
Seperti biasa, aku bersama geng-geng aku pergi melastik burung di pinggir kampungku. Sedang asyik aku mengintai-intai burung merbuk di celah-celah dahan rambutan, tiba-tiba, namaku sayup-sayup dipanggil oleh seorang lelaki tua yang kukenali. Pakcik Salleh melambai-lambai tangan supaya aku pergi ke arahnya. Tanpa berlengah aku terus menuju ke arahnya. Sampai sahaja di depannya;-
“Hei, harun, mung sobing sekolahlah. ANAK POK TEH ALI, eja tahi anjing pung dok pandai.”Berdesing telinga aku bila mendengar nama ayahku disebut begitu. Memang ketika itu aku dok pandai eja tahi anjing pun. Tapi bila dah main ngajing ( mempersendakan ) nama ayahku yang membuatkan air mataku deras mengalir. Aku menangis dan berlari pulang ke rumah. Sampai di rumah aku melemparkan lastikku dan mula mencari ayah. Dalam keadaan teresak-esak aku meminta ayah menghantar aku kembali ke sekolah. Pedih, sakit hati dan rasa terhina dengan kata-kata ngajing Pakcik Salleh. Sampai sekarang pun, kata-kata tersebut termiang-miang di telinga. Ayah terkejut bercampur gembira mendengar permintaanku. Malam itu, emak mula menjahit pakaian sekolah lamaku yang telah terkoyak dalam bungkusan di tepi dinding rumah.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails