siapalah kita


Sekali-kali aku menggeleng-gelengkan kepala. Tidak tahu apa yang harus aku ucapkan atas apa yang berlaku sebentar tadi. Tidak aku menyangka sama sekali, betapa biadap dan kurang ajarnya pelajar terhadap guru itu. Berdersing telingaku mendengarnya. Jauh di sudut hati, aku memuji cikgu itu yang tetap tenang menghadapi karenah anak muridnya. Andai aku di tempatnya, sudah lama aku menampar dan merotan pelajar tersebut. Sesungguhnya aku masih belum bersabar...

Bila aku berbual-bual dengan cikgu ini, aku makin terperanjat dan terkedu dengan jawapannya. Katanya,"ambe, belum cukup ilmu menjadi cikgu. Kata-kata ambe tidak ada roh. Mungkin ambe kurang mendirikan solat di tengah malam barangkali."Sepanjang perbualan, cikgu ini tidak menyentuh tentang kebiadapan dan kurang ajar murid-muridnya. Malah terus mencari kelemahan diri yang perlu diperbaiki agar anak muridnya dapat menerima ilmu dan nasihat dari seorang guru.

Mampukah aku menjadi guru seperti guru ini???



seronok bekerja


Esok kerja lagi. Malasnya aku nak pergi kerja. Tiba time macam ini, best andainya tak payah kerja, tapi tetap ada duit di poket. Tapi... mana ada lagu tu. Kalau jadi anak raja mungkin kot. Tapi aku anak raja gak, raja buluh bentong. Kah!kah!kah! aku ketawa sendiri, tapi di dalam hati.

Bos pernah kata, “jadikan kerja itu sebagai ibadat. InsyaAllah kita akan seronok bekerja.” Bestnya kalau aku boleh lakukan seperti yang dicanangkan oleh bos tu. Enjoy sakan dengan tugas yang diberikan. Tapi product aku nie, MANUSIA. Kalau berdepan dengan barang-barang peralatan ke. Paper work ke. Tak apa gak. Benda-benda tu semua tak ada perasan. Boleh lempar dan letak aje kat mana-mana bila boring. Tapi yang berada di hadapan aku ini adalah manusia yang ada dengan pelbagai pei perangai. Silap-silap hari bulan tahap kesabaran aku boleh melayang. Kan tiba-tiba aje aku mempeturunkan ilmu pecah silat harimau berantai aku ini. Tak pasal-pasal aku diseru ke pejabat bos. Oh tidaaak....!!!

Semoga Allah memberi ketabahan kepadaku untuk menghadapi karenah mereka.

Apa pun setakat ini aku boleh cool lagi dengan tingkah laku mereka. Biarpun sekali sekala telingaku berdesing dengan ayat-ayat power mereka yang penuh kebiadapan itu. Aku pujuk hati ini agar bertahan. Aku katakan pada diri sendiri; kerja ini adalah kerja mulia. Membentuk manusia supaya menjadi manusia yang berguna dalam hidup mereka. Mendidik manusia supaya sedar diri tentang diri mereka, hala tuju hidup mereka. Biarlah mereka biadap. Biarlah mak ayah mereka tidak mengerti dan tidak menghargai kerja buatku. Asalkan tuhan tahu yang aku lakukan adalah supaya mereka mengenal tuhan, mengetahui kehidupan kekal abadi mereka adalah di akhirat. Pohonku hanya satu-semoga kerja buatku ini adalah menjadi ibadat kepadaNya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails