ceritalah lagi

Cerita 1

Semakin hari semakin malas untuk mencatat sesuatu. Nak kata sibuk tak jugak. Tapi gitulah, terkadang kita perlu kepada motivasi dalaman. Sebab itulah barangkali kita kadang-kadang perlu berhirjah untuk mencari sesuatu pengalaman dan suasana baru di sesuatu tempat. Atau perlu ada orang di sekeliling kita yang perlu memberi dorongan dan kata semangat kat kita bila nampak kita lemah dan lesu. Tapi siapa…yang sudi!


Cerita 2

2, 3 hari yang lepas, terkejut beruk gak aku bila anak muridku yang di zaman sekolah rendah dulu- semasa tahun 4; kalau tak silap 14 tahun yang lepas tiba-tiba mencari aku di dalam laman kesukaan ramai facebook. Gembira campur terharu jugaklah sebab terlintas gak nama aku kat benak dia. Rupa-rupanya dia lening berada di Universiti Malaysia Sabah dan telahpun tahun akhir. Terasa macam jejak kasih pulak. Isk! isk! Isk!.. terharu…sungguh terharu!

Cerita 3

Berbincang dengan member tempat kerja tentang kerancakan penulis novel di internet. Terutama di blog-blog. Ada yang membantah; kononnya tulisan e-novel telahpun dipublish di blog menyebabkan hilang ketulenan dan keaslian bila diterbitkan. Kerana ianya boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang membuka blog-blog penulis ini. Bagiku; aku setuju 100% penulis-penulis kreatif e-novel di laman blog mereka. Ini kerana:-

  • · inilah medan yang paling mudah bagi mereka untuk menulis dan mengembangkan potensi diri mereka. Biarlah mereka menzahirkan bakat-bakat mereka. Maklumlah zaman aku dulu…ini semua tidak ada. Nak dapatkan mesin taip pun payah. Apa salahnya mereka berkarya. Terkadang bila aku terklik blog-blog penulis muda ni. Aku sendiri angkat tabik spring kat mereka.. Terorlah mereka nie! Bayangkan usia mereka baru mencecah 15 tahun dah pandai mengolah cerita imagnasi mereka. Mungkin orang-orang pakar bahasa seperti Prof. Nik Safiah Karim angkat kening kot kerana banyak struktur dan pola tatabahasa yang melanggar tatasusila bahasa. Tapi itukan tulisan e-novel bukan tulisan sastera. Kira boleh terimalah….! Aku bandingkan dengan diriku sewaktu usia mereka; mana kan nak tulis novel, nak buat karangan 500 patah perkataan pun dah jadi tunggang terbalik. Tahniah kepada penulis-penulis di blog. Rajin-rajin dirian anda untuk terus berkarya.

  • · Lagi pun mereka menulis diri sendiri. Hanya yang bernasib baik sahaja yang akan dipilih oleh syarikat penerbitan untuk diterbitkan sebagai novel. Apa salahnya mencari kepuasan diri dengan cara yang o.k.

  • · Katakan tulisan penulis blog ini menarik minat penerbit untuk diterbitkan sebagai novel, itu dah dikira bernasib baiklah. Dan langkah seterusnya terserah kepada perjanjian mereka dengan penerbit. Kalau penerbit nak suruh penulis jangan publish tulisan mereka di blog. Mereka boleh hentikan penyiaran tulisan tersebut. Jika penerbit nak teruskan supaya tulisan tersebut dipublish pun terserah kepada mereka sebagai satu usaha promosi novel yang bakal diterbitkan. Senang hati kesemua pihak. Tak gitu…

Aku sampai bila-bila pun tak reti nak tulis e-novel walaupun seperenggan cerita. Sedihnya…

dia berbisik lagi

Tak best rasanya bila kita mendengar cerita tentang hal kita dari orang lain. Lebih-lebih lagi tentang hal-hal yang tidak menyenangkan telinga. Tapi apa boleh buat, kita tidak dapat menutup tudung tempayan seluas lautan. Terima aje le. Sakit hati…pendamkan aje. Nak marah, takut pulak darah tinggi naik. So, latihlah diri supaya banyak bersabar dan tersengih tawar bila berdepan dengan mereka.

Sebenarnya itulah hakikat kehidupan. Berita yang busuk lagi membusukkan itu lebih lebih tersebar berbanding kebaikkan yang kita lakukan. Jesturu itu, kitalah yang seharusnya menjadi orang pertama untuk TIDAK melatih diri kita ‘menjaja, mulut muria, mengata dan mengumpat’ tentang kisah orang lain. (Kita telah rasa betapa pedih, sakit hati, marah, dan apa-apa lagi perasaan halus yang berada dalam jiwa kita itu bila ‘hal-hal’ kita diceritakan oleh orang lain.)

Nenekku pernah berpesan;

Sekali kita membuka keburukkan orang lain, sepuluh kali keburukkan kita dibuka oleh orang lain.

Jadi, marilah kita sama-sama berubah diri, dari banyak cakap kepada kurang bercakap. Iman Ghazali dalam kitabnya Ihlya Ulumuddin pernah menulis; bila banyak bercakap, kita banyak melakukan kesilapan. Banyak silap, banyaklah dosa. Dan bila banyak dosa, maka kita masuk neraka.

bergurau tu bergurau gak




Apa nak jadi dengan aku hari nie. Siap kena marah lagi. Apa tidaknya, kalau suka mengusik dan bergurau tak kena tempat. Padan muka aku!! Sekurang-kurangnya kejadian hari ni boleh menjadikan teladan untuk aku supaya lain kali tak terlalu cepat melatah.

Pada pandangan aku, hidup ini tidak ceria dan terlalulah cepat bosannya kiranya kita serius dan 'senyap sunyi' tutup mulut kita. Kalau aku buat demikian, gerenti hari tu aku akan ditegur dan dipandang semacam aje. Maklumlah selama ni, aku sengih 24 jam. Walaupun demikian, ada kalanya beruntung jadi orang yang pendiam. Paling koman pun, orang lain tak tahu apa yang bergerutu di dalam hati kita. Dan aku nak sangat nak jadi orang macam tu. Tapi apa boleh buat, memang aku dilahirkan begini. Apa yang ada di dalam hatiku, aku hembur keluar kat mulut aku. Aku tak pandai dah simpan-simpan lama-lama. Sakit jiwa jadinya! So, akibatnya hari ni, aku siap kena sound lagi.

Maaf le kawan-kawan, tahun 2010 ni aku dah cuba untuk mengubah sikit-sikit piel perangai aku tu. InsyAllah dengan bantu kawan-kawan yang tak ringan mulut menegur dan menasihatiku, aku rasa akan berjaya jua membentuk aku menjadi seorang yang tak banyak cakap. Aku tak kecil hati apa tah lagi 'terasa' dengan teguran kawan-kawan tu. Aku sayang kalian!




dicintai isteri



Buku 20 tips agar dicintai isteri ini aku beli semasa aku berkunjung ke Qiant Mall Kulim di penghujung tahun 2009. Seperti biasa isteriku tersenyum lebar bila aku tunjukkan tajuk buku ini. Maklumlah tengok tajuk buku pun sudah menyebelahinya.

Buku yang ditulis oleh Abu Ahmad Fatanah ini boleh dikategorikan dalam kelas Motivasi yang mempunyai 140 muka surat. Membicara tentang perasaan cinta yang berlandaskan kepada lunas-lunas syariat dan digarapkan dari Al-Quran dan al-Sunnah, bukannya dari pemikiran ahli-ahli falsafah maupun para pujangga kecintaan yang seringkali kecundang dalam mengejar cinta masing masing.

Sesuai dibaca oleh semua lapis masyarakat lebih-lebih lagi kepada uda dan dara yang bakal menginjak kaki ke alam perkahwinan. Buat suami isteri yang dah lama melayari bahtera perkahwinan, buku ini sesuai untuk mereka bagi membajai perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing yang kian kabur dek masa yang berlalu.

Terkadang kita lupa bahawa perasaan cinta terhadap pasangan kita itu boleh pudar disebabkan kesibukan dunia. Kesibukan dalam menjaga tanggungjawab suami-isteri menyebabkan kita alfa kepada tuntutan naluri halus perasaan cinta ini. Akhirnya kita saling menyalahkan pasangan kita bila tiba sesuattu krisis.

Membaca buku ini sekurang-kurangnya dapat 'menyentak' kembali kesedaran kita tersebut. Selamat membaca


diri menjadi resah


Maaf. Kerana dah lama tak menulis apa-apa dalam blog ini. Ini disebabkan talian internet mengalami kerosakan ditambah pula laktop di serang virus. Apa pun terima kasih diucapkan kepada pembaca maya yang setia membelek dan menyinggah laman blog ini secara sedar mahupun tidak sengaja. Apa yang penting dalam penyinggahan tersebut sekurang-kurangnya mendapat sesuatu yang memberi manfaat kepada diri kita dalam menghabiskan sisa-sisas hidup di dunia ini.

Memang benarlah, bila kita dah start melekat kat blog dan internet nie, bila berlaku kerosakan ataupun komputer kita buat 'hal' kita menjadi resah tak tentu pasal. Macam kata nenek aku bagai kucing kehilangan anak. Mengieow sepanjang hari. Ianya pernah terjadi kat rakan perempuan setugasku. Menurut beliau, dia sanggup berada di sebuah restoran yang mempunyai wireles semata-mata untuk memenuhi kehendak hatinya terhadap internet. Dia tak kisah dengan mata yang memandang; asalkan hajat untuk bersama alwiz ( nama laktopnya ) tercapai. Ini semua gara-gara talian internet di rumahnya rosak. Aku ingat aku seorang aje yang mengalami sidrom penyakit moden ini! Aku percaya di luar sana masih ramai yang mempunyai kenangan dan kisah tersendiri bab-bab ketagihan alam siber nie.

Biarpun demikian kita yang masih berpegang teguh dengan ajaran Islam seharusnya bijak dalam mengatur masa agar masa yang dikurniakan oleh Allah itu dapat digunakan dengan sebaik mungkin. Jangan jadikan 'kegilaan' penyakit moden ini mengambil tempat dalam hati kita dari mengingati kebesaranNya.

harga gula



Syukur kepada Allah mengurniakan nikmatNya sehingga kita dapat lagi merasai bahang tahun 2010 . Biarpun kita di Malaysia ini dihadiahkan kenaikan harga gula semperna tahun baru ini, namun seperti kata PM kita; kenaikan harga gula itu adalah untuk kebaikan rakyat jua hendaknya kerana di dapati rakyat beliau terlalu ramai yang mengidap diabitis ( kencing manis ) dan seterusnya meninggalkan beliau seorang diri di bumi ini. Di atas kasih sayang itu, kita sepatutnya tidak terkejut dan berkecil hatilah dengan tindakan beliau tersebut.
Semalam aku minum air kopi ‘o’ di kedai yang berhampiran dengan rumahku. Aku senyum sinis sendirian. Terasa air kopi ‘o’ tawar dari hari-hari biasa sebelum PM kita mengisytiharkan kenaikkan harga gula. Mereka ini lebih cepat sungguh menerima nasihat dan pandangan PM kita. Baguslah kalau begitu. Harap-harap nasihat dan pandangan PM kita yang lain pun turut samalah cepat berubahnya. Terutama pemandu-pemandu kenderaan itu...patuhilah undang-undang jalan raya. Terlalu ramai kematian jika dibandingkan dengan mereka yang sakit kencing manis.
Rentetan dari kenaikan harga gula ni, aku syorkanlah agar lebih ramai dari kita beralih arah bermula dari sekarang untuk lebih banyak minum air suam sahaja. Banyak kebaikannya. Perasaan kita pun tenang dan damai. Tak perlu marah-marah kepada kerajaan. Tak perlu maki hamum PM dan kroninya kerana naikan harga gula. Ambil yang posif... PM sayangkan rakyatnya!!! Lagipun dengan minum air suam kita dapat menjaga kesihatan kita. Seperti kata anak kita yang jadi doktor tu; kita digalakkan minggu air suam sekurangnya-kurangnya 7 gelas sehari. So, jangan mudah melenting bila kerajaan kita naikkan harga gula.


LinkWithin

Related Posts with Thumbnails