Luahkan rasa hati

Telah lama kupendamkan apa yang terbuku di hati. Bimbang. Risau. Malah takut...sekiranya apa yang terluahkan itu nanti bakal mengundang padah yang tak terduga.Dan kerana itu, maka sampai sekarang, tidak terluah.
Terkadang, best jugak menjadi diri seperti mereka yang berani untuk melepaskan apa yang terbuku  tanpa memikirkan natijah yang akan berlaku. "Lantaklah !!! Janji aku bahagia," itulah kata mereka. Benarkah mereka "bahagia". Atau sekadar memujuk hati. Aku percaya; jauh di sudut hati mereka turut merasainya.

Begitulah hidup. Jika kita terlalu bebas melepaskan pendapat kita, maka kita dipanggil 'kurang ajar'. Sebaliknya jika kita terlalu pendiam dikatakannya, kita kurang pandai bergaul. Jadi, apa yang harus kita lakukan. Sebaiknya marilah kita kembali kepada ajaran Islam yang meminta umatnya bercakap perkara yang benar dan perlu sahaja. Sentiasa merendah diri tetapi tegas bila berbicara tentang Islam.

Jadi apa yang penting, marilah kita sama-sama mengutip sebanyak mana pahala di dunia ini agar kehidupan kita di kemudian hari, kita bahagia dan terus bahagia.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails