kereta baruku, kereta lama orang!!

Hari ini aku ambil cuti, pergi Kuantan cari sebuah kereta baru bagi menggantikan kereta unser yang rosak akibat kemalangan. Aku singgah di beberapa user car, tengok kot-kot ada yang berkenan; ada. tapi mahal.. tak sepadan dengan gaji aku. Gitulah bila gaji hanya ciput!! cukup makan dan tanggung keluarga. Pun begitu aku tetap bersyukur kepada Allah atas kurniaNya.


Puas mencuci mata, mengayakan beberapa kereta mahal... akhirnya ada le yang berkenan di hati, sesuai dengan gaji ciput..ku.



Kereta baruku, kereta lama orang

Tersebut kisah 7

Tingkatan 2

Tiada apa yang menarik sepanjang tingkatan 2. Cuma di tahun ini aku lebih lancar membaca. Tidak lagi seperti kura-kura yang merangkak. Aktiviti aku lompat pagar sekolah bila tiba waktu rehat masih lagi aku lakukan. Balik rumah makan nasi. Emak masih lagi tidak beri duit belanja kat sekolah.

Benar kata orang; bila dah boleh membaca, kita mula rasa semangat untuk belajar. Pernah aku mengayuh basikal burukku 1 km semata-mata untuk meminjan buku latihan sains pertanian. Bukan nak banggalah... tapi setiap hujung minggu jumaat malam aku tidak tidur kerana belajar dengan seorang kawan baik, Ahmad Rizal. Ahmad Rizal adalah seorang anak ketua kampung di kampungku. Bila hari jumaat aje, aku akan lepak di rumahnya untuk belajar. Emaknya cukup memahami keadaanku. Dia sentiasa membancuh kopi panas untuk kami study hingga ke pagi. Bagi menghilangkan mengatuk, terkadang kami joging di tengah-tengah jalan raya di hadapan rumahnya. Pukul 3 pagi mana ada motokar di atas jalan. So, jalan raya kami punyalah...

Walaupun kami mempunyai aliran kelas yang berbeza, dia di aliran perdagangan, aku pula di aliran sains pertanian; kami tetap boleh study bersama. Malah kami berlumba-lumba mendapat tempat pertama di dalam kelas. Tapi biasa lah.. aku yang tercorot.

*************

Bila dah 2 tahun di sekolah menengah ni, mulalah timbul perasaan sayang dan cintakan orang lain selain dari keluarga kita. Bila nak masuk ke kelas pada waktu tengahari hari, maklumlah sekolahku dua sesi; sesi pagi dan petang. Aku di sesi petang. Kelasku berkongsi dengan pelajar tingkatan 3. Aku lihat tempat dudukku share bersama pelajar perempuan. Cantik pulak tu. Apa lagi mulalah aku minat dia dalam diam.

Suatu hari, aku beranikan diriku untuk berkenalan dengannya. Aku tulis sepucuk surat lalu aku letakkan di dalam mejaku. Aku harap keesokan harinya dia akan membaca dan membalasnya. Keesokan harinya, aku datang awal ke sekolah. Tidak sabar untuk masuk ke kelas. Bila loceng sekolah berbunyi sebagai tanda tamat sesi pagi, aku cepat-cepat masuk kelas dan menuju ke mejaku. Aku menyelak buku-buku latihan yang dia tinggalkan satu persatu. Hampa!. Surat yang aku cari masih belum jumpa. Nampak gayanya dia tak sudi untuk berkenalan denganku. Aku tulis lagi surat untuk kali kedua. Mengharapkan moga dia membaca dan membalasnya. Kali ini aku terangkan niat baikku satu persatu. Dua gembar kertas kajang aku tulis. Banyak pulak idea aku ketika itu. Geram + sedih ada gak. Apalah nasibku; dia masih membisu...!

Sejak itu aku tidak lagi berminat untuk berkenalan dengan mana-mana pelajar perempuan. Terasa diriku hodoh benar di mata mereka.


matang sebelum tiba waktunya

Best gak kalu sekali sekala kite pakat cerita tentang telatah manusia. Dari telatah mereka kite dapat menilai diri kite sendiri. Kata orang kalu kite perhati ke orang, tanpa sedar orang perhati kat kite. Betul ke!!!

Apa yang aku nak cerita kali ini pasal 'matang sebelum tiba waktunya'. Bila aku tengoklah beberapa orang murid-muridku hari ini, mereka ni teramatlah cepat matangnya. Baru tingkatan 2 tapi, punya minda dia orang, ngalah orang yang berumur 21 tahun. Konwledge mereka tentang bab-bab 'remaja terkini' cukup dahsyat!!! Kata mereka," ikut trendlah cikgu". Aku tak salahkan mereka. Maklumlah mereka ini hidup di zaman ICT. Zaman bermaklumat katakan. Tapi tak terbimbing!!!

Gitulah anak-anak remaja kita hari ini. Terlalu mengikut kata hati dan nafsu. Mereka nie, perlu didedahkan tentang kesan dari perlakuan mereka. Tentang pilihan yang mereka buat. Bimbang kot-kot tersalah pilih haluan; karam sebelum sampai ke destinasinya.

Buat mereka yang bernama dyana, berhati-hatilah..., gunakan peluang kepercayaan yang telah diberikan oleh mak ayah dengan sebaik mungkin. Perjalanan hidup anda masih terlalu jauh untuk sampai ke penghujungnya.

tersebut kisah 6

Tamat darjah 6, aku masuk ke sekolah SMKB. Sekolah baruku ini adalah berhampiran dengan rumahku. Hanya dipisahkan oleh pagar sekolah sahaja.Tingkatan 1 dan tingkatan 2 bersekolah di sesi petang. Aku berada dalam aliran sains pertanian. Tapi sekarang mata pelajaran sains pertanian telah dirangkumkan dalam mata pelajaran kemahiran hidup.

Aku masih ingatlah lagi, bila tiba masa loceng rehat aje, aku cepat-cepat menyelinap masuk ke belukar belakang sekolah untuk lompat pagar balik ke rumahku. Bukan apa, balik makan nasi. Emak tak beri duit belanja. Gitulah hari-hari bersekolah, aku akan lompat pagar setiap kali masa rehat.

Tentang pembelajaranku, kira ok gak lah, kerana aku mula sedar tentang kepentingan membaca itu. Masih lagi merangkak-rangkak membaca. Tapi kira laju sikit dari kura-kura. Yang paling bestnya, aku teror dalam ilmu matematik. Dalam kelas aku yang paling top marks setiap kali ujian. Bukan nak bangga... tapi ini semua atas didikan dedikasi cikgu Ariffin bin Ngah. Beliau telah sempat menjadi rakan setugasku di SMK Padang Midin. Sekarang beliau telah kembali ke rahmatullah. Al-Fatihah buat cikgu.

Kenangan manis semasa menjadi murid beliau ialah aku pernah kena tampar manja kat pipi bila aku buat silap semasa membuat latihan matematik. Tapi aku tak berdendam kerana aku tahu itulah ialah teguran + manja beliau. Beliau suruh aku berhati-hati bila proses kira-mengira math itu aje. Beliau tak pernah menengking, menjerit, apatah mengutuk murid-muridnya. Tapi beliau sangat kominted dengan tugasnya. Kalau tak siap homeworks...adalah upahnya!!!

Mata pelajaran yang paling aku suka sekali ketika di tingkatan 1 adalah mata pelajaran sains pertanian. Aku telah didedahkan dengan cara-cara menternak ayam daging. Reban ayam dibina di sudut panjang yang agak jauh dari bangunan sekolah. Tugasku, pagi-pagi kena pergi ke sekolah untuk memberi makan ayam-ayam ini. Sekiranya ada yang mati, terpaksa rekod dalam buku catatan. Bestnya... dari pengalaman tersebut aku turut memelihara anak-anak ayam daging ke rumahku. Bertambahlah tugas-tugasku...selain rutin biasa v makan rumput kat kambing lembu.
Dalam mata pelajaran ini juga, aku telah diajar untuk menjadi seorang petani. Cara-cara membuat batas sayur. Cara-cara menanam kacang panjang, kacang bendi, jagung dan macam-macam lagi. Kalau lening, macam kedai PUM ( Projek Usahawan Muda)lah. Mereka diberi tunjukajar cara-cara berniaga seperti menjual keropok lekor, air jambu batu dan macam-macam ada... kecual ASTRO.

Apa pun, segalanya berubah mengikut zaman. Yang penting kita kena melaluinya dengan mencipta kenangan sepanjang zaman tersebut. Sesiapa yang tertinggal dia yang rugi...

kerja oh kerja


bandingkan kerja kita dengan mereka

Hari ini, aku gelak sendiri, bila tengok member-member menyibukkan diri melakukan tugasan akhir yang telah diamanahkan oleh bos.Termasuk aku jugak le Maklumlah tempat kerjaku terlibat dalam pertandingan PSS peringkat kebangsaan. Baguslah begitu! Memang kita didik oleh budaya kita untuk patuh kepada arahan orang atasan atau bos kita. Bukan Bodek. Tidak! Tapi melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Itu aje.

Bila tengok Cik Mazni yang duk terbongkok-bongkok mengalih kerusi meja, menyapu, menyusun kertas dalam bilik aksesnya, rasa bangga gak aku, orang perempuan sanggup melakukan kerja tu, apatah lagi aku... gua tabiklah.!!!
Ada gak geng aku yang berkata."dulu, masa muda, aku pown gitu gak. rajin dan kuat bekerja, sekarang kite serah pada yang mudalah." Nie yang buat aku malas nak ulas nie. Lebih-lebih lagi geng tu orang yang sejenis dengan aku ni. Bukan ape, aku tengok orang perempuan makin nak pencen, makin kuat nak bekerja. Kata mereka,"kita tinggalkan kerja dengan perasaan bangga,". Terkedu aku!!! Padam muka!!!

Sebenarnya bila kita enjoy bekerja, kita akan rasa puas...!! Kita melakukan kerja kerana melaluinya diberi gaji dan kemudian rezeki itu disalurkan pula kepada keluarga. Itulah asas dan perinsipnya. Tidak timbul tua ke, muda ke, semuanya berganding bahu untuk menghasilkan sumber keluaran yang terbaik. Titik!!!

So, aku berpesan kepada diriku sendiri, jadikan mereka yang ikhlas bekerja tu sebagai idola dan sumber motivasi untuk terus menolak 'suara-suara yang menghasut itu'

Tuhan Maha Kuasa

Begitulah kehendakNya. Pada 7 Julai 2009 aku dan familyku menghantar adikku bersama keluarganya ke airport Kuala Terengganu untuk penerbangan ke KLIA. Tapi, perancangan Allah penentu segalanya... kami kemalangan di pertengahan jalan. Kereta unserku dilanggar oleh Ambulanc Pertahanan Awam di persimpangan lampur isyarat di Jalan Semarak berhampiran Stadiium Sultan Mizam yang baru runtuh tu. Kereta kami terbalik.Segala Puji Bagi Allah, semua penumpang yang berada di dalam kereta tersebut selamat. Cuma calar-calar kecil kesan dari kaca cermin kereta. Anak kecil perempuan adikku yang baru berusia 2 tahun juga selamat. Kesemuanya di hantar ke wad kecemasan di Hospital Sultanah Zahariah Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Anakku yang ketiga terpaksa dimasukkan ke wad kerana pengsan semasa penglanggaran tersebut. Kata doktor, itu adalah prosedur biasa dalam sesuatu kemalangan.

Menurut abangku yang turut sama mengiringi kami, keretaku terbakar, tapi mujurlah kerana dalam ambulanc pertahanan awam tersebut mempunyai alat pemadam api. Kebakaran tersebut dapat dikawal. Kalau tidak... tak dapat dibayangkan apa yang terjadi... syukur kepadaNya.


keadaan kereta unser selepas penglanggararn

Have you kissed anyone?

Have you kissed anyone? If you have not, why not try now. Trust me you’ll love it. Okay let me put it this way, Kiss is a special form of expression that human’s inherit. Hold your partner's head with both hands and slowly move their head in the direction you wish your kiss to go... then slowly kiss up towards your partner's eyes and give them a tender kiss on top of their closed eyes. While your partner is resting or sleeping with eyes closed, very gently kiss her lip. Simply come from behind, embrace her, and kiss the top of her shoulder. Take a small sip of your favorite drink. Leaving a little bit of it on your lips, kiss your partner. It is a unique way to create a sensual feeling and your partner will enjoy it. Whisper sweet nothings into your partner's mouth. Before your partner awakes lean over and kiss their cheek and move over giving soft kisses until you reach their lips. Definitely what a pleasant way to wake up!


......laa, astaga super laila!!!! jangan terkejut dengan tulisan di atas. Itu merupakan satu artikel yang telah dikeluarkan oleh sebuah laman blog yang telah aku terokai secara tidak sengaja.

Habis... kenapa aku publish kat blog aku pulak!!!

Sebenarnya artikel ini menarik minat aku kerana ianya merupakan sebahagian aktiviti yang terlalu seronok dilakukan oleh remaja yang belum matang usianya. Maksud aku budak-budak sekolahlah. Mereka ini kalu kita duk cerita tentang dosa pahala, mereka dok bor layan. Mereka ini terlalu asyik maksumnya dengan karenah remaja mereka sehinggakan kata-kata nasihat dari orang yang dah tua macam aku ini ditolak ke tepi. Kata mereka."zaman dah berubah, dulu lain..sekarang lain." Terkadang tu, sakit gak hati aku bila mendengar jawapan mereka. Kalu diikutkan hati, "hem siap kau..!!!"

"Wahai anak-anak muda diluar sana... ketahuilah olehmu yang mempunyai mata hati,sesungguhnya Rasulullah s.a.w bersabda: Adalah berdosa apabila kulit lelaki dan kulit perempuan yang bukan Muhram bersentuhan seperti berdosanya menyentuh kulit babi.

Dosa..!!!! Mereka tidak takut. Apa itu dosa??? Mereka tahu. Tapi.. buat-buat tidak tahu. Ustaz dan ustazah kat sekolah dah terang dok apa itu dosa. Dah salin wat nota kaki dah!!! Tapi... panahan dan gelora remaja itu masih utuh dan kuat.

Ceramahan dan pengajaran cikgu-cikgu kat sekolah masih tak cukup. Remaja seperti ini perlu sentiasa dibantu dan dibimbing. Jangan biarkan mereka berseorangan. Jangan tinggalkan ruang buat mereka untuk terlintas memikirkan tentang kissed itu.

"Gelora remaja itu masih lagi terlalu kuat dan indah. Daya impuls di luar sana terlalu kuat baunya, menarikku untuk mencubanya. Aku tidak tahan menahan keasyikan gelak tawa manja mereka yang telah hanyut itu. Please...tolonglah bantu aku..." luahan remaja yang tewas.

H1N1

Seluruh dunia tengah duk sibuk cite tentang virus H1N1. Adakah ini adalah 'bala' dari tuhan atau kita boleh panggil ia bencana bentuk baru. Apa pun ianya dah datang kepada kita. Risau tetap ada... maklumlah berita terakhir yang diterima di Kuala Terengganu pun sudah ada kes H1N1 ini. Tapi yang paling tidak sedapnya ialah kes selsema ba** itu ada kaitan dengan warga SMKPM. Makin risau dibuatnya. Bukan apa.. aku masih lagi banyak bergelumang dengan dosa.

Ada gak berpakat dengan dua tiga orng rakan setugas untuk sama-sama membuat solat hajat minta daripada ALLAH dijauhkan bencana tersebut dari warga kita. Apa pun setiap bencana ada rahmatnya kalu dikutip dari sudut positif. Tamanya seperti yang aku kata di awal tadi, sekiranya terasa diri banyak dosa itu... cepat-cepatlah bertaubat dan ikutilah apa yang disuruh olehNya. Yang penting kata 'pelajar' pintarku kita kena REDHA dengan apa yang telah berlaku. REDHAlah...

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails