hujan turun lagi...


Hujan turun lagi pagi tadi. Dan ketika aku menulis ini pun, hujan masih turun. Aku percaya hujan yang turun ini penuh dengan rahmatNya. Kerana sabda Nabi, bila dunia berada akhir zaman, bilangan hujan yang turun adalah terlalu sedikit jika dibandingkan dengan cuaca yang panas. Jadi biar apapun yang dikatakan musibah pada musim tengkujuh ini sebenarnya masih lagi merupakan satu rahmat buat makhluk Allah yang lain.

"bestnya, hujan turun! Dapat main hujan. Jom ayah kita bersih longkang,"kata anak bongsuku. Seakan dia telah mengerti, bila setiap kali hujan turun, aku mengajaknya membersih longkang. Sebenarnya aku yang terlebih untuk main hujan. Membersih longkang adalah alasan terbaikku untuk menjadi budak kembali.

Dan yang pastinya, bila selesai mandi hujan, perut sudah tentu lapar. Ketika itulah aku kerahkan anak-anak untuk sama-sama main hujan sambil mencabut ubi kayu yang telah aku tanam di belakang rumah. Bestnya dapat makan ubi kayu rebus dengan kelapa parut. Lepas itu minum pula kopi 'o' panas. Fuyooo...!!!!

Bila aku menjenguk ke teratak buruk orang tuaku, perkara sebaliknya pula berlaku. Hujan yang turun benar-benar meletihkan mereka. Apa tidaknya, mereka terpaksa melakukan rutin biasa biarpun hujan turun. Mengheret haiwan ternakan seperti lembu dan kambing ke kandang agar ternakan tidak kesejukan. Lebih parah lagi, mereka terpaksa merendah hujan semata-mata untuk memotong rumput dan daun-daun kayu bagi makanan ternakan mereka. Dulu- rutin-rutin tersebut aku yang lakukan. Tapi kini, semenjak berkeluarga, aku mempunyai tanggungjawab lain yang harus diselesaikan.

Begitulah, bila hujan turun.... segala memori lama mula terungkai dalam bilaku. Barangkali begitu jua dengan anda..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails