Berapa kerat kita membaca??
Tulisan saya ini membicarakan tentang isu yang terlalu lapok. Tapi perlu disapu, digosok, digilap kerana isu ini akan menjadi baru bila pimpinan negara kita turut membicarakannya nanti. Isu ini adalah isu MEMBACA. Banyak persoalan yang ingin dikongsi dengan peminat-peminat blogger di alam maya sana. Saya cukup yakin dan penuh percaya anda sendiri pun malas membaca tulisan-tulisan yang panjang berjelar-jelar seperti ini. Masyarakat hari ini mengejar masa. Biarpun semua orang mempunyai masa yang sama banyak yang Allah anugerahkan. Mereka mahu fakta dan list. Seorang pendidik pernah meluahkan perasaan kecewanya betapa pelajar hari ini kurang membaca. Mereka hanya membaca untuk apa yang akan disoalkan di dalam peperiksaan. Pengetahuan umum mereka terlalu kabur-kata pendidik ini. Benarkah apa yang diluahkan oleh guru ini? Tepuk dada terasa sakit... jawablah sendiri.
Kesombongan Itu Milik Siapa?
Sombong adalah sewaktu dengan bongkak, tinggi diri, megah diri atau bangga dengan sesuatu yang dimiliki. Tanya diri kita. Adakah kita mempunyai sifat tersebut!! Jika jawabnya adalah 'ya'; apakah yang harus kita lakukan. Biarkan... atau berusaha mengatasinya. Payah untuk mencari jawabannya. Terkadang kita tidak tahu kita sombong sehinggalah ada orang sekeliling kita yang mengatakan kita ini sombong. Walaupun demikian kita masih boleh tanya diri sendiri samada jauh di dalam kalbu sana ada sesuatu yang tidak kena.
Ingatlah kesombongan diri itu bukan milik kita. Tapi milik Yang Maha Kaya. Hanya Dia yang berhak untuk sombong. Kita!!! Usahlah sombong! Lihat sahaja tentang asal kejadian kita. Kita dijadikan daripada percantuman sperma yang keluar dari testis ayah kita yang kemudiannya bersenyawa di dalam ovari ibu kita. Besar dan matang di dalam rahim ibu dan kemudian keluar dari pintu yang mengaibkan. Haruskah kita masih lagi merasa sombong?? Mengenal dunia dalam keadaan lemah, longlai dan penuh tangisan yang mengharapkan bantuan daripada ibu bapa kita.
Tetapi sayang... bila kita telah kuat, mampu berdikari, tidak semena-mena kita alfa dan lupa diri.
SOMBONG!!!(minta silih malaikat 44)
sombong kerana kita ada rumah besar. Sombong kerana kita ada banyak Wang, Sombong kerana kita ada ISTERI cantik dan banyak lagi sombong. (sampai tak habis nak list). Itulah hakikat kita sekiranya kita lupa asal kejadian kita.
watak-watak dunia
Ini adalah tulisan pertama saya dalam blog saya ini. Saya masih lagi terkial-kial dalam mempelajari ilmu ICT ini. Namun saya yakin dan percaya di mana ada kemahuan di situ ada jalan penyelesaiannya. Seperti yang tajuk tulisan ini, saya adalah sebahagian daripada watak-watak dunia yang memainkan peranan yang tersendiri dalam menyempurnakan misi hidup di atas dunia ini; mencari keredhaanNYa!!!. Dalam perjalanan inilah, saya akan bertemu, berbual, bermesra dengan watak-watak dunia yang lain yang juga seperti saya memegang pelbagai watak seperti lucu, baik hati, lurus bendul, keras hati, dan sebagainya. Watak-watak ini mewarnai dunia seperti yang telah diatur oleh Tuhan Yang Maha Esa.
Subscribe to:
Posts (Atom)