bacalah..

'Street Vendetta'

Pelik sungguh tajuk novel ini. Bunyi macam novel orang putih aje. Tapi setelah aku belek rupa-rupanya novel berbahasa Melayu. Ditulis oleh seorang penulis muda yang mula mencipta nama di arena penulisan tanah air cik Mazni Aznita. Bila membaca novel ini, barulah faham kenapa penulis memilih tajuk tersebut sebagai judul buku novelnya. Rupa-rupanya kisah... baca sendirilah kalau nak tahu.

Tahniah diucapkan kepada penulis yang telah berjaya mengambil secebis kisah kehidupan untuk diadaptasikan ke dalam bentuk penulisan.

Novel ini bolehlah diketogarikan sebagai novel cinta. Namun novel ini ada sedikit kelainannya berbanding novel cinta lain, kerana jalan ceritanya cukup santai dan mempunyai unsur-unsur komedi yang mencuit hati.

Gaya bahasa ringkas, padat dan bersahaja seakan-akan kita berada di dalam cerita novel ini menjadikan kita ralit dan ingin terus membaca sehingga ke akhir cerita. Watak utama-Anabella adalah gadis biasa telah diujudkan oleh penulis bagi menggambarkan yang gadis-gadis seperti ini juga mempunyai kisah hidup yang unik untuk ditengahkan dalam penulisan novel.

Secara keseluruhannya, novel ini adalah sebuah novel yang ceria, riang dan menyeronokan. Tak menyesal kiranya anda cuba membacanya.

bacalah...

2 comments:

MYREFLECTION said...

lamanya xbaca novel...
paksu minat jugak dok baca novel2 ni ek. .

patut la ada jiwang2 ckit..hehe..
gurau je..

Keluduk said...

adik Bela..,
paksu memang kaki novel zaman sekolah dulu, lening ada le sikit-sikit lagi sisa-sisa baki minat baca novel tu

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails