Berayanya kita...


6 Syawal dah berlalu, suasana raya masih lagi meriah. Nampaknya masyarakat kita akan beraya selama sebulan seperti mana kita berpuasa selama tempoh tersebut. Dalam facebook, rata-rata teman-teman masih lagi rancak berbual tentang seronoknya raya. Tak lupa juga ada rakan-rakan yang mengambil kesempatan mengiklankan majlis rumah terbuka mereka dalam media tersebut. Malah ada yang lucunya, kisah gunting rambut raya pun turut diselit dalam facebook.

Itu belum lagi tentang keghairahan anak-anak kita membilang jumlah duit raya yang telah 'dipungut' di sepanjang tempoh raya. Seingat aku, budaya menghulurkan duit raya ini sudah bermula masa aku kecil-kecil lagi. Cuma masa itu, sesiapa yang dapat duit raya sebanyak 50 sen dah di kira power lah. Dan yang pasti, rumah tersebut akan diserbu oleh rakan-rakanku. Kata nenekku, budaya ini diamalkan adalah untuk mengembirakan kanak-kanak kerana dah sebulan mereka berpuasa.

Lening menyambut Hari Raya cukup berbeza dengan zaman aku dulu. Rasanya tak payah aku ceritakan satu persatu perbezaannya. Cukuplah aku katakan arah tuju sambutan Hari Raya terlalu terpesong jauh dari ajaran agama kita. Anak-anak kita telah dididik secara halus untuk lebih 'mesra' dengan rancangan-rancangan TV yang segalanya berbentuk hiburan. Mereka lebih ter'gam' di depan TV daripada pergi mengziarahi rumah kaum keluarga. Begitulah berjaya 'mereka' dalam merosakkan minda dan akal anak-anak kita.

Tidak cukup dengan itu, ada ahli keluarga yang sanggup berhabis duit, membeli mercun dan bunga api bagi menyatakan kegembiraan ketibaan 1 Syawal. Seakan menjadi pesta pada malam raya dengan dentuman mercun dan bermain bunga api. Semakin kuat bunyi mercun, semakin hebat. Mereka lupa yang pada malam raya kita disarankan agar perbanyakkan zikir dan bertakbir, bertamid, bertasbih dan solat tahajud.

Itu belum lagi kisah deruman motosikal anak-anak muda disaat kita bertakbir raya di masjid.



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails