selamat hari raya aidilfitri


Biarpun bulan ramadhan belum berakhir, tapi tak salah kiranya aku mengambil kesempatan ini untuk mengucapkan Selamat Hari Raya Aidilfitri buat umat Islam di seluruh dunia dan pembaca maya yang sudi mengunjungi blog aku ini. Semoga Allah memberi kesempatan kepada kita agar dapat menghirup udara 1 syawal nanti.

Nasihat kepada diri sendiri agar usaha kita sepanjang bulan ramadhan ini dalam merubah diri untuk menjadi insan yang dikasihi Allah dapat kita teruskan pula di bulan syawal ini. Jesturu itu, dalam kegembiraan menyambut suasana hari raya itu, kita masih lagi mampu untuk mengambil keberkatan dan kelebihan malam raya dengan memperbanyakkan zikir, tasbih, takbir raya, bertahmid atau apa sahaja agar hati tidak terus dialfakan oleh nafsu yang telah kita cuba kawalnya sepanjang ramadhan yang lalu.

Pada pagi syawal, kita digalakkan berpakaian bersih dan suci. Andainya mampu kita bolehlah berpakaian serba baru. Sebelum ke masjid untuk menunaikan solat sunat hari raya, kita disunatkan memakan sedikit makanan.

Dalam masyarakat kita, bila berjumpa seanak sedara kita akan bersalaman dan meminta maaf di antara satu sama lain. Tapi sayang, dalam masa yang sama kita seakan dilupakan oleh keseronokan berhari raya sehingga dengan perempuan yang bukan muhrim pun kita turut bersalam. Begitulah bijaksana syaitan dalam membuat tipu dayanya.

Semoga hari raya tahun ini kita tidak mengulangi dosa-dosa yang pernah kita lakukan tanpa sedar.

selamat hari raya aidilfitri.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails