Ramadhan menjenguk lagi..


Selamat berpuasa buat umat Islam di seluruh Dunia. Syukur kepadaNya kerana masih lagi meminjamkan umur kepada kita untuk sama-sama beribadat di bulan yang mulia ini.

Walaubagaimanapun dalam sedar atau tidak, kita seakan tidak perasan yang ada di antara kita yang begitu taat dan patuh dalam ibadat puasa. Kita dapat berpuasa selama satu bulan Ramadhan; tapi sayang…solat lima waktu ada di antara kita yang tergenlincir. Kenapa? Sedangkan solat itu adalah tiang agama sebagaimana sabda Rasulullah s.a.w;

“Solat itu tiang agama, sesiapa yang mendirikannya sesungguhnya dia sudah mendirikan agama, sesiapa meninggalkannya sesungguhnya dia meruntuhkan agama.”

[Hadis riwayat al-Bukhari dan Muslim]


Rasulullah SAW bersabda lagi;
“Suruhlah anak kamu menunaikan solat ketika berumur tujuh tahun dan pukul mereka jika meninggalkannya ketika berumur sepuluh tahun. Dan asingkanlah mereka (lelaki dan perempuan) dari tempat tidur.”

[Hadis riwayat Abu Daud]

Begitulah ibadat kita hari ini, semakin hari masyarakat lebih menjadikannya sebagai adat daripada ibadat kepada Allah. Justeru itu ada di kalangan masyarakat kita yang boleh melakukan ibadat puasa tetapi meninggalkan solat lima waktu.
semoga kita tidak termasuk dalam golongan tersebut.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails