pening kepala

Sepanjang cuti ini, banyak perkara yang berlaku di luar perancangan. Ingatkan cuti ini dapat berehat, tenangkan fikiran bersama keluarga, tetapi banyak perkara lain pulak yang berlaku. Minggu pertama bercuti, isteri pergi kursus di Kuantan. Balik dari kursus dapat lagi panggilan untuk berkursus. Kali ini di Klang pulak. Nasib baik isteriku memahami jelingan 'manja'ku, akhirnya dia menolak. Kalau tidak tak tahulah,..

Menghabiskan masa bersama keluarga rupa-rupanya suatu hal yang memenatkan. Pelbagai karenah anak-anak yang terpaksa dilayan. Perbalahan kecil sering terjadi sesama mereka yang kadang-kadang membuatkan isteriku sakit kepala dan sakit dada. Aku mengeleng-gelengkan kepala perkara yang kecil seperti berebut remove TV pun jadi hal untuk bertengkar. Terkadang malas rasanya mahu jadi pendamai di antara mereka. Bak kata pakar movitasi, sesekali biarkan mereka menyelesaikan sendiri masalah mereka. Dengan cara itu, sekurang-kurangnya mereka belajar sesuatu.

Itu belum masuk bab-bab minta tolong kemas rumah, basuh pinggan mangkuk, jemur kain dan sebagainya. Terkadang jenuh mulutku membebel meminta mereka melaksanakan tugas-tugas tetap sepanjang cuti sekolah. Beruntungnya anak-anak zaman sekarang mempunyai ayah yang tidak bengkeng seperti orang tua-tua dulu. Kalaulah zaman aku dulu... sudah lama anak-anakku kena belasah dek ranting keluduk.( ranting pokok senduduk). Tapi isnyaAllah, perkara demikian tak akan berulang kepada anak-anakku. Cukuplah aku seorang yang rasa berbirat, pedih dan sakitnya kena libas dek ranting keluduk.

Zaman dah berubah, cara mendidik anak pun turut berubah. Walaupun kalau difikirkan semula cara mengajar anak pada zaman aku agak keras, tapi itulah satu-satunya kaedah yang diterima pakai oleh masyarakat ketika itu. Alahamdullillah, kebanyakan anak-anak menghormati ayah mereka kesan dari pendidikan demikian.

Lening ni, anak-anak bijak dan cerdik. Mereka ingin mengetahui sebab dan kenapa sesuatu tindakan yang kita lakukan itu. Malah mereka teramat bijak mencari dan menilai kelemahan ayah dan ibu mereka. Maklumlah dari seawal usia 5 tahun lagi mereka telah ke sekolah. Mereka telah boleh diajak mesyuarat dan berbincang tentang hal-hal yang berkaitan mereka. Malah mereka suka kaedah demikian. Mereka boleh terima kenapa mereka dimarahi dan dileteri kerana mereka tahu apa kesalahan mereka.

3 comments:

Mazni Aznita said...

haha kesian ya cikgu keluduk, sibuk dgn anak-anak kt rumah..Sya ni pun takde masa nak pergi jalan-jalan, lepas habis jg spm, cuti tinggal brp ahari lagi..masa suntuk sangat..tahun depan sy tak nak jaga spm dah..selangs seli satu tahun klu boleh..

didikan anak2 zaman dahulu memang keras..tp ayah saya lain,..dia lembut sikit meski masa muda2 dulu dia garang dgn staff dia..Ada pakcik sy pula so straight dgn anak2 dia..jadi kadang2 boelh nampak beza..ada anak2 akan hormat dan sayang sgt kt ayah dia (mcm saya) dan ada juga anak-anak yg tak rapat dgn ayah sebab tak berani. Yang ni kita tak leh naka kata hormat..sbeb sbnrnay dia takut. Lebih baik hormat dr takut ya tak..tapi jenis begini la yg akan buat macam2 perkara kat belakang ayah dia..hahaha

Keluduk said...

masing-masing mempunyai gaya tersendiri dalam mendidik dan membesarkan anak-anak mereka. Apa pun tujuannya hanya satu iaitu mahu melihat anak-anak menjadi manusia yang berguna suatu hari nanti.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails