di manakah nilainya...

Marah betul ustazah hari ini. Kalau diikutkan hati, dia mahu pulas-pulas telinga pelajar lelaki yang menjawab kurang ajar tu. Tapi dia masih lagi boleh bersabar. Mungkin gelaran dia sebagai seorang guru agama membatasi perlakuannya. Diluahkan perasaan marah itu kepada rakan sejawat termasuk aku. Nak tak nak, terpaksa le aku tadah telinga sekali. Tapi apa yang dikatakan oleh ustazah itu ada benarnya. Ada ke patut... pelajar panggil cikgu dengan panggilan nama. Macam kawan dia aje!! Dah lah tu cikgu-cikgu ni ada gelaran pulak pada mereka. Tak patut betul....!!!

Macam mana lah nak berkat ilmu yang dipelajari, kalau cikgu sendiri tak dihormati. Sebab tu.. bila cikgu habis mengajar sahaja, pelajar dah lupa apa yang telah disampaikan oleh cikgu. Bila tiba waktu nak periksa, baru terhengeh-hengeh mencari cikgu meminta agar ilmu dihalalkan. Betul ke cara tu....???

Cuba kita lihat orang-orang yang berjaya, dulu dan sekarang. Mereka cukup menghormati guru. Mereka belajar cara-cara adat-adat menjadi seorang pelajar. Belajar cara-cara menghormati guru. Cara bercakap dengan cikgunya, tutur katanya, tingkahlakunya, kelakuannya dan macam-macam lagi. Pendek kata, bila berdepan dengan cikgunya, segala-galanya sedap mata memandang!!!

Kata orang alim," walau sehuruf alif, bar, tar disampaikan kepada kita, orang itu kita anggap sebagai cikgu kita."

Begitu tingginya nilai cikgu kepada kita. Bak kata Allahyarham Sasterawan Negara; Usman Awang.

Jika hari ini seorang Perdana Menteri berkuasa
Jika hari ini seorang Raja menaiki takhta
Jika hari ini seorang Presiden sebuah negara
Jika hari ini seorang ulama yang mulia
Jika hari ini seorang peguam menang bicara
Jika hari ini seorang penulis terkemuka
Jika hari ini siapa saja menjadi dewasa;
Sejarahnya dimulakan oleh seorang guru biasa
Dengan lembut sabarnya mengajar tulis-baca.

Kita....!!! Sejauh manakah kita menghormati guru. Sebenarnya cikgu ni tak pernah minta balasan dari usaha gigih cikgu memberi ilmu kepada anak didiknya. Malah cikgu akan lebih gembira dan bahagia berbanding dari ibu bapa sekiranya anak didiknya berjaya di dunia dan di akhirat.

Jadi, marilah sama-sama kita menghormati cikgu kita. Semoga ilmu yang kita dapat dari cikgu kita akan kita ingat sampai bila-bila...

3 comments:

Anonymous said...

Salam.. I am most agreeable with u.. Have tasted the medicine myself.. I never did wrong things to my teachers when I was at school.. Dulu sekolah agama.. Nak mengumpat pun takut... I was taught by my Ustaz/Ustazah tentang the importance of keberkatan ilmu itu.. Kita ni kalu takut ALLAH, Insya Allah kita tak akan buat jahat sesama manusia, apatah lagi dengan guru kita.. Moga doa kita untuk anak2 didik kita dimakbulkan Allah.. Insya Allah..:)

Keluduk said...

semoga mereka berubah...

Mazni Aznita said...

hmm tak reti nak komen dah fasal budak2 ni...kekadang buat baik kt depa salah tak layan patut pun jadi salah juga.

but obviously ramai student hari ni sudah tidak tahu adab-adab nak bercakap dengan guru. one of my student just say hi bila lalu depan kelas yg kita ajar..takde dah salam2 ni semua..hehehe kekadang kelakar juga dibuatnya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails