Tuhan Maha Kuasa

Begitulah kehendakNya. Pada 7 Julai 2009 aku dan familyku menghantar adikku bersama keluarganya ke airport Kuala Terengganu untuk penerbangan ke KLIA. Tapi, perancangan Allah penentu segalanya... kami kemalangan di pertengahan jalan. Kereta unserku dilanggar oleh Ambulanc Pertahanan Awam di persimpangan lampur isyarat di Jalan Semarak berhampiran Stadiium Sultan Mizam yang baru runtuh tu. Kereta kami terbalik.Segala Puji Bagi Allah, semua penumpang yang berada di dalam kereta tersebut selamat. Cuma calar-calar kecil kesan dari kaca cermin kereta. Anak kecil perempuan adikku yang baru berusia 2 tahun juga selamat. Kesemuanya di hantar ke wad kecemasan di Hospital Sultanah Zahariah Kuala Terengganu untuk pemeriksaan lanjut. Anakku yang ketiga terpaksa dimasukkan ke wad kerana pengsan semasa penglanggaran tersebut. Kata doktor, itu adalah prosedur biasa dalam sesuatu kemalangan.

Menurut abangku yang turut sama mengiringi kami, keretaku terbakar, tapi mujurlah kerana dalam ambulanc pertahanan awam tersebut mempunyai alat pemadam api. Kebakaran tersebut dapat dikawal. Kalau tidak... tak dapat dibayangkan apa yang terjadi... syukur kepadaNya.


keadaan kereta unser selepas penglanggararn

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails