kerja oh kerja


bandingkan kerja kita dengan mereka

Hari ini, aku gelak sendiri, bila tengok member-member menyibukkan diri melakukan tugasan akhir yang telah diamanahkan oleh bos.Termasuk aku jugak le Maklumlah tempat kerjaku terlibat dalam pertandingan PSS peringkat kebangsaan. Baguslah begitu! Memang kita didik oleh budaya kita untuk patuh kepada arahan orang atasan atau bos kita. Bukan Bodek. Tidak! Tapi melakukan tugas yang telah diamanahkan kepada kita. Itu aje.

Bila tengok Cik Mazni yang duk terbongkok-bongkok mengalih kerusi meja, menyapu, menyusun kertas dalam bilik aksesnya, rasa bangga gak aku, orang perempuan sanggup melakukan kerja tu, apatah lagi aku... gua tabiklah.!!!
Ada gak geng aku yang berkata."dulu, masa muda, aku pown gitu gak. rajin dan kuat bekerja, sekarang kite serah pada yang mudalah." Nie yang buat aku malas nak ulas nie. Lebih-lebih lagi geng tu orang yang sejenis dengan aku ni. Bukan ape, aku tengok orang perempuan makin nak pencen, makin kuat nak bekerja. Kata mereka,"kita tinggalkan kerja dengan perasaan bangga,". Terkedu aku!!! Padam muka!!!

Sebenarnya bila kita enjoy bekerja, kita akan rasa puas...!! Kita melakukan kerja kerana melaluinya diberi gaji dan kemudian rezeki itu disalurkan pula kepada keluarga. Itulah asas dan perinsipnya. Tidak timbul tua ke, muda ke, semuanya berganding bahu untuk menghasilkan sumber keluaran yang terbaik. Titik!!!

So, aku berpesan kepada diriku sendiri, jadikan mereka yang ikhlas bekerja tu sebagai idola dan sumber motivasi untuk terus menolak 'suara-suara yang menghasut itu'

2 comments:

Aminah Humaizah said...

BAGUS ARR CIKUGU..

Keluduk said...

tiada apa yang bagusnya, kite berdua sama aje, baru bertakteh-takeh. tak gitu..

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails