bermain wau

Lening kat kampung aku orang duk sibuk bermain layang-layang atau wau. Orang tua macam aku pun ada gak. Kata mereka layan karenah anak-anak sambil tu bolehlah jugak luangkan masa bermain-main bersama mereka. Aku pun guna alasan yang sama jugaklah, agar aku boleh bermain wau bersama anak-anak. Biarpun sebenarnya aku yang ‘terlebih’ bermain wau. Bukan apa, zaman aku dulu-dulu aku tak ada kesempatan untuk bermain wau ni. So, bila anak-anak minta tolong aku buatkan mereka sebuah wau; aku pun tersenyum kelat, tak tahu nak buat wau lagu mane. Akhirnya aku belikan aje wau di tepi pantai tu. Lagipun warna-warna wau nie comel-comel belaka. Tapi kata anak-anakku, wau tersebut low class jika dibandingkan dengan wau-wau rakan mereka yang dibuat sendiri dengan buluh. Mereka nak rasa bagaimana feeling meraut buluh dan mengikat rangkanya.

Aduss, terkena dah aku! Nak tak nak aku buatkan jugaklah wau tersebut. Tapi lagi sekali anak-anak aku complain, kata mereka wau aku kecil jika dibanding wau bulan rakan-rakan mereka. Apa tahnya, aku buatkan mereka wau tukung sahaja. (Wau yang berbentuk diamond). Terpaksalah aku berterus-terang dengan mereka yang ayahnya tidak pernah membuat wau besar seperti wau bulan mahupun wau yang sewaktu dengannya. Terkadang aku malu gak atas kelemahan ini. Aku tabik springlah kat anak-anak kecil lening yang begitu mahir mereka bentuk wau yang pelbagai jenis.

Bagi mengambil hati anak-anak lelakiku, aku mengeksport mereka ke rumah sepupu mereka untuk belajar cara-cara membuat wau. Sepupu mereka terror dalam bab-bab meraut dan mengikat rangka wau ni. Terdengar kat telingaku sindiran abangku kepada anak-anak lelakinya yang ketika itu sedang asyik meraut bilah-bilah buluh untuk dibuat wau. " wat wau pandai, tapi bila cikgu suruh wat karangan tentang pertandingan wau, dok reti." Aku tahu, niat abangku ikhlas untuk memberi motivasi kepada anak bongsunya yang lemah dalam pelajaran.

Hasil bengkel membuat wau sehari di rumah abangku, anak-anakku berjaya membawa pulang dua buah wau bulan. Biarpun aku tahu, wau tersebut bukan hasil tangannya, tapi itupun kira o.k gaklah kerana aku dapat menggembirakan mereka.

Tapi lagi sekali aku kena sindir. Kali ini datangnya dari mertua aku sendiri. Kata-katanya yang begitu lembut, manis dan penuh gurauan yang memberi seribu makna tersirat cukup untuk membuat aku terfikir. Tapi yang anehnya... aku langsung tidak 'berasa' hati dengan kata-kata tersebut. Malah ianya menjadi kenangan manis di antara aku dan mertuaku. Intipatinya ialah beliau melarang aku mengajak anak-anak bermain wau di tengah panas. Takut anak-anak demam + selesma. Aku jugak yang susah nanti.

terima kasih mertuaku...

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails