Pilihan kita



Maaf kepada diri sendiri kerana dah lama tidak menulis cerita tentang AKU dalam catatan sisa-sisa hidup. Bukan apa, cuma memujuk hati untuk tidak terlalu ‘melekat’ kat laktop ini. Selebihnya aku sibuk sikit memeriksa kertas ujian bulanan anak muridku. Ditambah pula aku membantu sedikit sebanyak mana yang patut isteriku dalam menyiapkan tugasan belajarnya.

Bila ada waktu terluang begini aku gatal-gatalkan tanganku untuk klik-klik mana-mana laman web yang aku sendiri tidak tahu sumbernya. Salah satu yang ingin aku kongsikan dengan mereka di luar sana adalah laman web http://www.wakeupproject.com.

Salah satu bab yang cukup membuat aku teruja ialah tentang beberapa siri video Arrival yang menerangkan tentang perancangan rapi musuh Islam ( terutama Israel ) dalam membentuk satu pemerintah Dunia Baru. Siri video Arrival yang dipersembahkan dengan mengambilkira isu-isu semasa yang diolah dengan begitu teliti oleh pengarangnya cukup untuk membuat kita melekatkan dari satu siri video ke satu siri video yang lain.

Persoalan-persoalan tentang pilihan yang perlu kita lakukan dalam melengkapkan diri dalam menerima Pemerintah Dunia Baru yang diajukan dalam setiap siri video tersebut membuat aku tergaman dan terasa terkena ke atas batang hidung sendiri.

Ternyata selepas menyaksikan beberapa klip siri video arrival ini dapat aku simpulkan yang masyarakat kita terutama generasi muda Melayu Islam terlalu banyak sudah terpengaruh malah telah mengamalkan sebahagian daripada perancangan musuh-musuh Islam tersebut dalam kehidupan seharian.

Sesungguhnya kita telah diberi ingatan oleh Rasulullah menerusi hadis baginda.

Daripada Abu Said Al Kudri r.a berkata : Bahawasanya Rasulullah S.A.W bersabda, “Kamu akan mengikuti jejak langkah umat-umat sebelum kamu, sejengkal demi sejengkal, sehesta demi sehesta sehinggalah jikalau mereka ke lubang biawak pun kamu akan mengikuti mereka.” Sahabatnya bertanya, “Ya Rasulullah, apakah Yahudi dan Nasrani yang kau maksudkan?”. Sabda Rasulullah, “Siapa lagi kalau bukan mereka”. [ H.R. Muslim]

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails