tik..tok..tik..tok



Pantasnya masa berlalu. Dalam sedar atau tidak, aku telah melalui beberapa fasa dalam hidup. Bermula dari zaman kelam kanak-kanak yang telah aku tinggalkan. Zaman remaja yang hilang tanpa aku sendiri perasan hinggalah zaman lening. Itulah putaran masa. Tetap meninggalkan kita biarpun kita terkelip-kelip sendiri. Seperti kata pepatah arab, ‘Masa itu umpama pedang, pedang akan potong kita atau kita yang akan potong pedang.’ Sesiapa yang dang, dia yang beruntung-pah-pah ley!

Nak tahu cepat atau lambatnya masa berjalan ialah dengan cara kita merenung kembali perjalanan hidup kita yang lepas-lepas. Ketika itu baru kita sedar, yang umur kita terus maju ke depan.Kita telah menjadi tua hari ini berbanding kelmarin. Iman Ghazali pernah bertanya kepada anak murid-muridnya:

Imam Ghazali: Apa yang paling jauh dari kita di dunia ini ?

Murid 1: Negeri Cina

Murid 2: Bulan

Murid 3: Matahari

Murid 4: Bintang-bintang

Imam Ghazali: Semua jawaban itu benar. Tetapi yang paling benar adalah MASA
LALU. Bagaimanapun kita, apapun kenderaan kita, tetap kita tidak akan dapat
kembali ke masa yang lalu. Oleh sebab itu kita harus menjaga hari ini, hari
esok dan hari-hari yang akan datang dengan perbuatan yang sesuai dengan
ajaran Agama.


Bola Sepak

Bila balik kampung, jumpa bonda dan ayahanda, sesekali aku tinjau tempat permainan bola sepak dengan geng-geng masa aku budak-budak dulu. Padang bola yang kami dirikan tiang gol dengan batang buluh itu kini telah hilang sama sekali. Tempatnya kini telah diganti dengan bangunan kedai dua tingkat.Namun imbasan bayang-bayang kawan-kawan tetap ligat di mindaku. Mei, Faridah, Bedosar, Marzuki, Pie, Mamat Embong silih berganti.


Time tu, aku teringat filem "tentang bulan" arahan Ahmad Idham yang sebiji seolah-olah cerita tentang perihal aku.(Aku ni jenis mudah perasan). Teringkat kat seorang kawan perempuan yang bernama Faridah yang sanggup menjadi penjaga gol semata-mata nak kawan dengan geng-geng kami. Apa lagi, time nie aku tendang kuat-kuat bola itu biar pasukan aku menang! Tapi hampa, ternyata Bedozar kuat mempertahankan benteng golnya. Bedozar adalah gelaran yang diberikan kepada Zakari yang bertindak sebagai pemain pertahanan.Bila beliau bermain, jangan harap golnya ditembusi. Gagah dan perkasa seperti Bedozar( sejenis mesin Jengtolak seperti jengkaut).

Bunyi brek motosikal seorang remaja lelaki di tepi bangunan tersebut menganggu khayalanku. Aku tersenyum payau. Memang masa begitu pantas berlaru. "Macam ribut!!!", kata Marzuki. Bayangan itu tersenyum dan terus hilang.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails