selamat berehat

SELAMAT HARI PEKERJA? Dan setiap kali tiba hari ini, kita akan bercuti. Tidak bekerja. Benarkah kita bercuti. Teringat aku pada keluaran sebuah majalah yang dikeluarkan semperna hari pekerja ini tak lama dulu. Kalau tidak siap aku majalah tersebut adalah majalah GILA-GILA. Apa yang menariknya adalah ilustrasi kulit majalah tersebut yang menggambarkan seorang lelaki yang memakai kain pelikat sambil mendukung anak sedang memasak. Isterinya berehat sambil membaca surat khabar. Ternyata sang isteri ingin bercuti pada hari pekerja ini. Lucu dan menghiburkan-tapi penuh sindiran dan terkena!

Apa tidaknya, seorang isteri sama ada bekerja dengan kerajaan mahupun swasta atau menjadi surirumah tangga sepenuh masa bila berada di rumah sudah pastinya menjalankan rutin harian seperti memasak untuk suami mahupun anak-anak. Membasuh dan menjemur pakaian, menyapu lantai ataupun halaman rumah dan banyak lagi list yang tidak payah aku senaraikan. Terlalu banyak!!

Jadi apa salahnya pada hari cuti pekerja ini, sang suami pula mengambil alih tugas-tugas isteri yang selama ini berkerja secara berganda di pejabat selepas itu di rumah.

Tidak hilang kegoan dan kuasa seorang suami andainya turut sama merasai penat lelah isteri yang berada di ceruk dapur. Apalah salah kiranya pada hari cuti pekerja ini, sang suami membajai kasih sayang dalam hubungan yang kian menjadi 'kebiasan' itu dengan melakukan aktiviti-aktiviti rumah bagi memberi ruang kepada isteri untuk berehat semperna cuti hari pekerja ini. Biarlah isteri kita tersenyum lebar dan berkedut dahi merasai masakan kita yang terlebih garam mahupun terkurang manisnya. Sekurang-kurannya dia tahu yang kita benar-benar sayang dan menyintainya.

SELAMAT 'BEREHAT' ISTERIKU..

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails