bagaimana kenderaan kita hari ini..

Hidup harus diteruskan biarpun apa yang berlaku dalam hidup kita. Biarkan sejarah silam berlalu ditiup ribut senja. Usah diingat dan dimbas. Menyakitkan hati! Atau tersenyum sendiri mengenangkan perkara lucu.

Kata seorang sahabat, hidup kita diumpamakan sebuah kereta. Andainya kita ingin mengembara dalam keadaan selamat dan tenang. Kita terlebih dahulu harus memastikan bahawa kereta kita itu mesti sentiasa berada dalam keadaan yang baik dan selamat. Umpamanya kereta baru! Tayar ok. brek ok. minyak hitam ok dan segala-galanya ok, termasuklah pitis pun ok. Barulah kita sampai dengan selamat ke destinasi yang hendak kita tuju itu.

Kalau sebaliknya, kereta kita tidak diservis, tayar bunga botak, minyak hitam dah lama tak bertukar, sistem brek yang dah haus. Maka kita tentu berada dalam keadaan ragu-ragu apakah destinasi yang hendak dituju itu akan sampai atau tidak. Barangkali baru 5 km perjalanan, kita terpaksa bersandai di tepi jalan kerana kereta kita dah mengeluarkan asap tebal. Destinasi yang hendak dituju hanya tinggal angan-angan.

Begitulah umpamanya hidup kita. Sekiranya destinasi akhir kita adalah syurga. Sudah tentu kita menyediakan kelengkapan dan bekalan yang cukup. Seperti solat yang sempurna, bercakap benar, membaca Al-quran, tiada hasad dengki, amalan-amalan sunat dan amalan-amalan lain yang telah diajar oleh agama kita. Sudah tentu kita akan berjaya sampai ke syurga. InsyaAllah.

Dengan meninggalkan segala larangan dan tegahanNya, kita dapat melengkapkan lagi pakej yang telah dituntut ke atas kita. Barulah sempurna kenderaan yang kita naiki ke syurga nanti.

Saya berpesan kepada diri sendiri dan pembaca di alam maya sana, agar sama-sama kita servis kereta kita agar dapat sampai ke destinasi akhir yang hendak dituju iaitu SYURGA.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails