fikir dulu sebelum bertindak



Anda tentu telah berdepan dengan mereka yang tidak dapat menerima kebenaran dari kata-kata kita. Ada-ada sahaja alasan ( pada pandangan aku le ) yang diberikan apabila kita mengutarakan pandangan mahupun pendapat-biarpun kadang-kadang berdasarkan al-Hadis mahupun ayat-ayat suci Al-Quran. Tidak terlalu kejam kiranya aku mengatakan mereka yang seperti ini adalah si putar belit. Mereka sebenarnya tahu dan faham bahawa pandangan dan kata-kata itu sebenarnya adalah betul dan tepat. Tapi, barangkali untuk menjaga ego ditambah pula dengan rasa sombong, mereka sanggup untuk mencari helah supaya mereka juga yang benar dan betul.

Keadaan ini boleh membawa kekeliruan dan tidak fahaman yang jelas kepada orang-orang yang berada di sekeliling kita, terutama mereka yang tidak arif tentang apa yang diperkatakan. Ini boleh menyebabkan kesesatan lagi menyesatkan. Inilah senario yang berlaku dalam masyarakat kita hari ini. Terlalu banyak maklumat-maklumat yang kabur dan kurang tepat dihebohkan dalam arus media berulang kali yang akhirnya boleh menyebabkan masyarakat membuat kesimpulan dari maklumat-maklumat yang silap dan salah itu.

Justeru itu hendaklah kita sentiasa beringat dan berwaspada dengan berita mahupun maklumat yang disampaikan agar setiap tindakan dan pertimbangan kita itu tidak kita sesali di kemudian hari. Rasulullah S.A.W pernah menegaskan:

"Adalah suatu pengkhianatan yang besar, iaitu apabila anda menyampaikan sesuatu berita kepada saudaramu, sedang ia mempercayai kata-katamu itu, manakala anda membohonginya".

(Riwayat Abu Daud)

2 comments:

MYREFLECTION said...

biasa la tu paksu.. orang skrg ni pkir deme tu betoi je..
pandangan kita yg bg nasihat langsung xhirau.. masuk tlinga kanan,keluar telinga kiri...

Keluduk said...

adik nabila,
moga kita TIDAK termasuk dalam golongan yang memekakkan telinga apabila satu-satu ayat Al-quran dibacakan kepadanya.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails