dicintai isteri



Buku 20 tips agar dicintai isteri ini aku beli semasa aku berkunjung ke Qiant Mall Kulim di penghujung tahun 2009. Seperti biasa isteriku tersenyum lebar bila aku tunjukkan tajuk buku ini. Maklumlah tengok tajuk buku pun sudah menyebelahinya.

Buku yang ditulis oleh Abu Ahmad Fatanah ini boleh dikategorikan dalam kelas Motivasi yang mempunyai 140 muka surat. Membicara tentang perasaan cinta yang berlandaskan kepada lunas-lunas syariat dan digarapkan dari Al-Quran dan al-Sunnah, bukannya dari pemikiran ahli-ahli falsafah maupun para pujangga kecintaan yang seringkali kecundang dalam mengejar cinta masing masing.

Sesuai dibaca oleh semua lapis masyarakat lebih-lebih lagi kepada uda dan dara yang bakal menginjak kaki ke alam perkahwinan. Buat suami isteri yang dah lama melayari bahtera perkahwinan, buku ini sesuai untuk mereka bagi membajai perasaan cinta terhadap pasangan masing-masing yang kian kabur dek masa yang berlalu.

Terkadang kita lupa bahawa perasaan cinta terhadap pasangan kita itu boleh pudar disebabkan kesibukan dunia. Kesibukan dalam menjaga tanggungjawab suami-isteri menyebabkan kita alfa kepada tuntutan naluri halus perasaan cinta ini. Akhirnya kita saling menyalahkan pasangan kita bila tiba sesuattu krisis.

Membaca buku ini sekurang-kurangnya dapat 'menyentak' kembali kesedaran kita tersebut. Selamat membaca


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails