ceritalah lagi

Cerita 1

Semakin hari semakin malas untuk mencatat sesuatu. Nak kata sibuk tak jugak. Tapi gitulah, terkadang kita perlu kepada motivasi dalaman. Sebab itulah barangkali kita kadang-kadang perlu berhirjah untuk mencari sesuatu pengalaman dan suasana baru di sesuatu tempat. Atau perlu ada orang di sekeliling kita yang perlu memberi dorongan dan kata semangat kat kita bila nampak kita lemah dan lesu. Tapi siapa…yang sudi!


Cerita 2

2, 3 hari yang lepas, terkejut beruk gak aku bila anak muridku yang di zaman sekolah rendah dulu- semasa tahun 4; kalau tak silap 14 tahun yang lepas tiba-tiba mencari aku di dalam laman kesukaan ramai facebook. Gembira campur terharu jugaklah sebab terlintas gak nama aku kat benak dia. Rupa-rupanya dia lening berada di Universiti Malaysia Sabah dan telahpun tahun akhir. Terasa macam jejak kasih pulak. Isk! isk! Isk!.. terharu…sungguh terharu!

Cerita 3

Berbincang dengan member tempat kerja tentang kerancakan penulis novel di internet. Terutama di blog-blog. Ada yang membantah; kononnya tulisan e-novel telahpun dipublish di blog menyebabkan hilang ketulenan dan keaslian bila diterbitkan. Kerana ianya boleh dibaca oleh sesiapa sahaja yang membuka blog-blog penulis ini. Bagiku; aku setuju 100% penulis-penulis kreatif e-novel di laman blog mereka. Ini kerana:-

  • · inilah medan yang paling mudah bagi mereka untuk menulis dan mengembangkan potensi diri mereka. Biarlah mereka menzahirkan bakat-bakat mereka. Maklumlah zaman aku dulu…ini semua tidak ada. Nak dapatkan mesin taip pun payah. Apa salahnya mereka berkarya. Terkadang bila aku terklik blog-blog penulis muda ni. Aku sendiri angkat tabik spring kat mereka.. Terorlah mereka nie! Bayangkan usia mereka baru mencecah 15 tahun dah pandai mengolah cerita imagnasi mereka. Mungkin orang-orang pakar bahasa seperti Prof. Nik Safiah Karim angkat kening kot kerana banyak struktur dan pola tatabahasa yang melanggar tatasusila bahasa. Tapi itukan tulisan e-novel bukan tulisan sastera. Kira boleh terimalah….! Aku bandingkan dengan diriku sewaktu usia mereka; mana kan nak tulis novel, nak buat karangan 500 patah perkataan pun dah jadi tunggang terbalik. Tahniah kepada penulis-penulis di blog. Rajin-rajin dirian anda untuk terus berkarya.

  • · Lagi pun mereka menulis diri sendiri. Hanya yang bernasib baik sahaja yang akan dipilih oleh syarikat penerbitan untuk diterbitkan sebagai novel. Apa salahnya mencari kepuasan diri dengan cara yang o.k.

  • · Katakan tulisan penulis blog ini menarik minat penerbit untuk diterbitkan sebagai novel, itu dah dikira bernasib baiklah. Dan langkah seterusnya terserah kepada perjanjian mereka dengan penerbit. Kalau penerbit nak suruh penulis jangan publish tulisan mereka di blog. Mereka boleh hentikan penyiaran tulisan tersebut. Jika penerbit nak teruskan supaya tulisan tersebut dipublish pun terserah kepada mereka sebagai satu usaha promosi novel yang bakal diterbitkan. Senang hati kesemua pihak. Tak gitu…

Aku sampai bila-bila pun tak reti nak tulis e-novel walaupun seperenggan cerita. Sedihnya…

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails