surat untuk diri sendiri



Salam sayang buat remaja yang berada di luar alam maya sana. Izinkan aku untuk meluahkan apa yang telah sekian lama terpendam di dada ini. Bukan niatku untuk mendabik dada menceritakan apa yang telah pernah aku lalui semasa seusiamu. Tidak sama sekali! Tapi apa yang aku ingin sampaikan cuma satu; supaya adik remaja sekian tidak seperti terasa pedih dan menyesal sepanjang hidup.

Adik remaja,

Aku dulu pun seperti kalian, suka membantah dan memberontah apa sahaja yang tidak selera dengan kemahuan dan kehendakku. Cakap mak dan ayah adalah bahasa orang tua. Aku merasakan mereka seakan-akan tidak memahami gelora dan gelodah di jiwa orang yang seperti kita. Bahasa kita bahasa kebebasan. Tidak mahu terikat dengan peraturan yang dibuat oleh mereka. Kita menjadi boring dan terkadang sakit hati bila setiap kali balik lewat ke rumah; kita dileteri. Mereka bimbang tak tentu pasal tentang kita. “Alahai...mak, ayah. Kita dah besar lah. Pandailah kita jaga diri.”bongkak dan sombongnya jawapan kita waktu itu. Akhirnya kita lebih suka lepak di rumah member-member kita yang sekepala dengan kita. Bila berkumpul bersama mereka, kita seakan lupa pada tanggunjawab kita sebagai seorang anak; yang perlu menolong, membantu ayah emak kita. Sekurang-kurangnya bila kita berada di rumah kita boleh juga menolong apa yang patut di antaranya menjemur kain di ampaian, membasuh pinggan mangkuk di dalam sinki atau apa sahaja yang boleh mengembirakan mereka.

Tapi yang lebih hebat lagi bila kita berkumpul sesama geng, kadang-kadang kita ‘sengaja’ melupakan tanggunjawab kita sebagai muslim. Sembahyang ke mana ! Adat sopan santun hilang dengan hilai ketawa yang entah apa-apa entah....bercakap perkara-perkara yang sia-sia. Isu yang dibicara tidak mendidik kita. Kita lebih cenderung kepada perka yang mengembirakan nafsu dan hati kita. Hal motosikal umpamanya. Hal feksyen terkini. Dengan stail rambut yang mengalah zaman trojan dahulu. Terkadang landak pun terkejut beruk melihat stail rambut kita. Remaja perempuan pula suka menceritakan tentang teman lelaki mereka. Tentang handset yang diberikan percuma oleh si dia. Top4 free. Dan macam-macam lagi. Itulah kita hari ini. Sebenarnya adik remaja, kita tiada bezanya. Dulu aku pun macam adik remaja juga. Cuma bezanya zaman aku dulu, tiada orang pakai handphone macam remaja hari ini. Melepak tetap ada. Tidur rumah member sudah semestinya. Dan banyak lagi kesamaan zaman aku remaja dulu dengan zaman lening ni. Cuma bentuk sahaja yang berbeza. Yang pasti, kita tetap melukai hati dan perasaan orang tua. Yang mahu melihat anak-anak mereka bahagia di kemudian hari. Yang mahu anak-anak mereka jadi orang berguna kepada agama, bangsa dan tanah air.

Tapi ketika itu kita tak nampak apa yang telah mereka nampak. Kita tidak rasa apa yang telah dilalui oleh mereka dalam membesarkan kita. Cuma yang kita tahu, kita telah senang dan berada dalam kemewahan. Hidup kita ibarat sepucuk pistol yang tidak tahu ke mana hala tuju sasarannya.

Adik remaja yang kusayangi

Percayalah adik remaja, akan ada di antara kita yang berjaya dan tersedar dari lamunan yang menghayalkan itu. Allahamduillah.... sekurang-kurangnya mereka cepat terjentik kesedarannya. Tapi masih ramai lagi di antara kita yang terus hanyut diulit mimpi palsu yang tiada kesudahannya. Bila terjaga; segalanya sudah terlambat dan menyesal sepanjang hayat.

Moga-moga kita terdiri dari mereka yang beruntung itu...semoga!!!



No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails