virus computer




Hampir satu minggu aku tak dapat ‘berinternet’ dengan laktop aku. Wireles internet rosak. Kena panahan kilat dan petir semasa banjir baru-baru ini. Hidup tanpa internet macam ada sesuatu yang tak kena. Nampaknya aku pun kena virus komputer seperti rakan sekerja aku yang tak dapat lekang dari teman rapatnya Alwiz-nama laktop barunya. Aku pun rasa-rasa nak beri nama jugaklah laktop aku ni. Tolong cadangkan namanya!

Alangkah bagusnya jika aku dapat luangkan masa membaca Al-Quran, berzikir, bertadmid, bertasbih sebagaimana aku dapat luangkan masa ‘berbual’ dengan laktop aku ni. Begitulah sifat manusia yang bersifat lemah, mudah hanyut dan alfa. Nasib baiklah sambil aku klik-klik laktop dapat juga aku mendengar suara mengaji Al-Quran dari laktop. Sekurang-kurangnya telinga ini sentiasa dapat mendengar orang membaca ayat-ayat suci Al-Quran.

Sebenarnya setiap daripada kita telah dianugerahkan oleh Allah masa yang sama banyak; 24 jam. Terserah kepada kita untuk menguruskan masa tersebut. Jika kita bijaksana dalam menguruskannya maka beruntunglah kita. Sebaliknya, rugi dan tersangat malanglah kepada sesiapa yang hanyut dan mensia-siakan masa tersebut. Ini kerana seperti kata perpatah Arab, masa itu ibarat pedang, jika kita tidak memotongnya maka pedang tersebut akan memotong kepala kita. Mungkin bangsa Arab suka berperang barangkali. Sebab itu mereka mengungkapkan perumpamaan demikian. Manakala bangsa Melayu mengambarkan masa itu seperti emas. Emas! Suatu benda yang amat bernilai dan paling berharga dalam masyarakat kita. Malah ada orang yang sanggup merompak dan membunuh untuk mendapatkan emas. Barangkali atas nilai yang tinggi inilah, maka orang melayu juga mengungkapkan masa itu begitu berharga dan bernilai.

Ajaran agama Islam juga menekankan kepentingan masa ini. Di antaranya kita diingatkan mengunakan masa muda dengan sebaik mungkin kerana bila kita berada di alam yang satu lagi ( alam akhirat ) Allah akan bertanya kepada hambanya, “di manakah usia muda dihabiskan.” Ketika itu kita akan terkontang-kanting tak tahu nak jawab apa. Silap guna masa muda jawabnya kena azablah kita. Dan azab yang paling ringan pun adalah seperti bunga api neraka yang terkena tapak kaki sehingga mendidih otak kita. Minta dijauhkan malaikat 44.

Ops!!.. sebenarnya aku bukan nak jadi ustaz, tapi sekadar untuk mengingatkan diri sendiri supaya aku nie tidak terlalu ralit dengan laktop aku. Dan aku percaya di luar sana masih ada lagi orang yang lebih parah terkena virus komputer ini. So, ingat-ingatlah...pandai-pandailah kita mengurus masa.

No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails