gempa bumi di Padang

moga dijauhkan oleh Allah dari berlaku di negara kita

Tersentuh hatiku bila membaca kisah gempa bumi di Padang, Sumatera Indonesia. Tak habis-habis ujian Allah kepada penduduk negara tersebut. Belum pun reda dengan trauma tsunami 2004, kini mereka lagi sekali ditimpa musibah yang dahsyat. Mengalir juga air mataku bila melihat gambar-gambar mangsa gempa bumi ini. Terdetik rasa pilu, sebak dan bersyukur kepada Ilahi kerana negara kita terselamat dari bencana dan ujian Allah tersebut.

Walaupun di dada akhbar-akhbar tempatan ada juga menceritakan tentang bencana alam seperti ribut kuat yang melanda di negara kita yang menyebabkan atap-atap rumah tercabut, pokok-pokok kayu yang tumbang menghampat kereta namun jika dibandingkan dengan kejadian yang berlaku di Padang Sumatera itu jauh kita bernasib baik. Mangsa ribut di negara kita hanya kehilangan dan kerugian harta benda sahaja tetapi mereka di Sumatera kehilangan nyawa orang-orang tersayang. Malah masih ada lagi saudara mara terdekat yang tertimbus dan tertanam di dalam runtuhan bangunan. Apa yang dapat kita lakukan dari kejauhan ini hanya memanjatkan doa kepada Allah semoga diberi kekuatan iman dan semangat kepada mangsa yang terlibat. Di samping itu kita juga boleh menghulurkan bantuan yang semampu mungkin bagi meringankan beban yang ditanggung oleh mangsa gempa bumi tersebut.

Sesungguhnya di setiap kejadian yang berlaku itu mempunyai rahsia yang tersirat yang tidak mampu dijangkau oleh akal fikiran kita kecuali hanya Allah sahaja yang Maha Mengetahui.

Al-fatihah buat mereka yang terkorban. Moga roh mereka dalam diterima oleh Allah


No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails