nilai di mata kita


perempuan, isteri dan ...

Dah 2 hari aku demam. Kepala aku terasa berat. Jumpa doc, dia beri MC. Duduk rumah bukan bererti rehat buatku. Makin demam jadinya. Tugas-tugas surirumah banyak yang harus dibereskan. Basuh baju, cuci pinggan mangkuk, sapu lantai, jemur dan lipat kain dan macam-macam lagi. Baruku tahu tugas seorang isteri memang membebankan. Patutlah agama kita menyuruh si suami mencari khadam untuk isterinya. Dan aku tabiklah kepada isteri-isteri yang bekerja membantu meringankan beban suami. Balik dari kerja terus sambung jawatan sebagai seorang isteri dan seorang ibu. Hebatnya...rasa-rasa si suami mampu tak buat seperti yang isteri lakukan?? Hari pertama mungkin... tapi untuk hari-hari seterusnya jawabnya ajak makan di luarlah.

Teringat aku kepada kata orang alim-alim;

air mata isteri yang menitis ketika memotong bawang untuk suami dan anak-anaknya mampu memadamkan api neraka sekiranya dia ikhlas.

Begitu tingginya nilai seorang isteri dalam agama kita. Pun begitu hari ini masih ramai suami yang memandang sebelah mata pada isterinya. Isteri dianggap sebagai teman tidur dan juga sebagai kilang untuk melahirkan anak. Bila dah jemu mulalah senang-senang si suami mencari perempuan muda untuk dijadikan isteri baru. Nasiblah kau isteri bila mendapat suami sebegini. Sebab itulah barangkali seorang rakan perempuanku pernah berkata, "perkahwinan ini seumpama perjudian, kalau nasib baik dapat suami baik maka selamatlah. Kalau sebaliknya, merana seumur hidup." Sebab itulah sampai sekarang biarpun usianya mencecah 42 tahun dia masih belum kahwin. Takut benar dia pada pengalaman yang telah terjadi kepada adik perempuannya yang menderita sampai mati.


Apa pun kataku; itu semua adalah takdir Allah yang mempunyai seribu rahsia yang tidak dapat difikirkan oleh akal kita yang cetek ilmunya.




No comments:

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails