bercakap belakang congkak

...jangan mengata deh

Bestnya hari ini aku dapat berbual-bual lama sikit dengan rakan-rakan tempat kerja aku. Maklumlah aku dapat bereskan semua kerja awal-awal lagi. Dari omong-omong kosong kepada isu-isu semasa yang berlaku di persekitaran aku. Topik yang menarik sekali ialah tentang sikap setengah dari rakan-rakan sekerja yang suka menjaja dan mencari cerita ‘panas’ yang berlaku di kalangan rakan-rakan. Tak tahulah kenapa mereka ini suka sangat ‘terlebih ambil tahu’ tentang cerita orang lain termasuklah hal-hal yang bersifat peribadi. Kalau cerita tentang perkara yang baik-baik ok jugak. Tapi sebaliknya berlaku; perkara yang buruk jugaklah yang dicanangnya. Silap-silap hari bulan siap tokok tambah lagi cerita itu semula nampak lebih ‘realistik’ sikit.

Aku pernah gak sound slow-slow, “tak baik mengata di belakang dia. Kalu nak tahu cerita sebenar apa kata tanya terus ke dia. Biar jelas lagi tersuluh.” Tapi mereka ini buat pekak telinga aje. Nak buat macam mana dah hobi barangkali. Jalan mudah ....aku pulak yang mengalah. Kalau mereka ini nampak baru nak start cerita yang sensasi aje, aku cepat-cepat blah atau mendiamkan diri. Malas nak turut sama tanggung dosa kering.

Kan bagus kalau kita ubah sikit cara kita bercerita tu. Bukannya payah... bab-bab cerita keburukan orang lain tu kita ganti dengan cerita kebaikan orang tersebut. Atau yang paling bagus kita dampingi orang tersebut tengok sendiri sama ada dia tu serupa atau tidak dengan apa yang telah digossipkan oleh rakan-rakan kita yang panas mulut tu. Kita nilai sendiri...!!!

Kalau masih belum berjaya...

Marilah kita kembali kepada ajaran Islam sebenarnya. Junjungan Besar kita Nabi Muhammad S.A.W telah memberi paduan kepada umatnya cara-cara yang sebetulnya untuk berkata-kata. Bercakap atau berkata-katalah perkara yang memberi manfaat dan berguna. Sekiranya tiada apa-apa untuk diperkatakan; diam itu lebih baik. Ini bertujuan untuk supaya orang yang kita bercakap itu tidak berkecil hati atau terguris perasaannya.

Bila kita sudah 'tercakap' atau terkeluar kata-kata, kita sudah tidak dapat menarik kembali kata-kata kita itu. Sekiranya perkataan itu boleh menyebabkan orang terluka, walau sebanyak mana kita minta maaf pun dan orang tersebut memaafkannya. Tetapi jauh di sudut hati orang tersebut masih lagi 'terbekas' dan tercalar.

Kerana itu Iman Shafie pernah berkata:

orang yang banyak cakap, banyak salahnya bila banyak salah banyak dosanya. Bila banyak dosa maka masuk NERAKA

Ini tidak bermakna kita tidak boleh bercakap. Kita masih lagi boleh banyak berkata-kata seperti bercakap dengan niat untuk memberi nasihat dan teguran. Bercakap untuk berdakwah, berceramah, mengajar dan sebagainya. Asalkan kata-kata kita itu telah melukaikan perasaan orang lain. Sekiranya berlaku juga... cepat-cepatlah kita meminta maaf.



2 comments:

Mazni Aznita said...

haha sy ni pun agaknya dah berkarung-karung guni orang kat sekolah tu mengata kt belakang..kekadang klu kita tak dengar sendiri pun, jelingan mata orang tu kita faham sangat..agaknya itu salah satu keistimewaan tuhan bagi kat cikgu-cikgu ni..cepat faham dan mengerti klu ada jelingan maut dan pandangan tanpa senyuman yg org lontar kt kita..

nak buat camana? nak puaskan hati orang lain bukannya senang. tapi dari sibuk fikir baik toksah fikir...buat serabut kepala sendiri aje..ya tak cikgu keluduk...

Keluduk said...

betul jugak tu...dari fikir tentang orang kata kat kita, lebih baik kita wat kerja yang kita fikir ok.

LinkWithin

Related Posts with Thumbnails